IM MALAYSIA BLOGGER

EDITOR JEJAK 87

Foto saya
Jasin, Melaka, Malaysia
Mohd Farid bin Baharudin @ Deejay Wid. Anak tunggal yang lahir pada 28 Februari 1987 di Melaka. Bekas pelajar Sek.Keb.Selandar, Sek.Men.Keb.Selandar, Sek.Men.Keb.Telok Mas dan Institut Perguruan Ipoh Perak. Mewakili negara ke Jepun pada tahun 2000. Pelatih PLKN Kump.2-Siri 2 tahun 2005. Anggota Perguruan Seni Silat Gerak Insan Seni sejak 2002. Bersama perjuangan HPA dengan no.keahlian 470711.MY01 berpangkat Pengurus Melati PLX. Berumahtangga pada 3 November 2007 dan menjadi bapa pada 28 November 2008. Berpengalaman menjadi juruacara dan terlibat dengan tugas sebagai seorang DJ sejak tahun 2001. Kini bertugas di salah sebuah konty terbuka di Melaka secara sepenuh masa. Pendokong perjuangan Pakatan Rakyat dari PKR.

KOMUNITI JEJAK 87

11 Julai 2009

KEPENTINGAN MAKANAN HALAL

Agama Islam amat mengambil berat tentang makanan yang dimakan oleh umatnya. Justeru, adalah menjadi kewajiban bagi setiap orang Islam untuk mengambil makanan yang halal lagi baik. Mengapa Halal? Berikut dinyatakan sebab-sebab mengapa kita dituntut untuk makan makanan yang halal (antara yang sempat aku kutip untuk renungan bersama).
Sebab utama mengapa perlu memakan makanan yang halal ialah kerana memang itu sudah diperintahkan Tuhan kepada kita.

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya:
"Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)".
(Surah al-Baqarah: 168)

Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan:
"Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu". (Surah al-Baqarah: 172)

Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya:
"Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam" (Riwayat Dailami)

Maksud Hadis:
"Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya" (Riwayat Thabrani)

Lagi maksud Hadis:
"Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram". (Riwayat Ahmad)

Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan makanan haram, terhijab doanya dengan Tuhan.

Rasulullah bersabda:
"Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya" (Riwayat Muslim)

Rasulullah bersabda;
"Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah engkau orang yang diperkenankan permintaan" (Riwayat Thabrani)

Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan.
Sabda Rasulullah:
"Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari" (Riwayat Thabrani)

Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab kepada pembentukan hati seseorang. Ini sepertimana disabdakan oleh Rasulullah:
"Hati yang bersih ditempa daripada makanan yang bersih (halal)"

Telah dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, bab Adab Makan, satu hadis bermaksud:
"Hendaklah kamu makan daripada makanan orang yang bertaqwa"
Hadis ini jelas memberitahu kita bahawa apabila kita hendak makan, sebaiknya kita makan makanan yang disediakan oleh orang yang bertaqwa ataupun orang soleh. Mengapa dianjurkan sebegitu?

Ini adalah kerana:
a. Makanan itu jadi berkat atas kerana tangan orang yang membuatnya itu adalah orang bertaqwa.
b. Makanan itu sudah pasti halal, kerana tidak mungkin orang bertaqwa itu menyediakan makanan yang haram atau mendapatkan makanan itu daripada sumber yang haram.
c. Makanan itu disediakan dengan menyebut nama Allah. Kebiasaan orang bertaqwa memulakan pekerjaan dengan menyebut nama Allah.

Jelas kini, isu halal pada sudut pemakanan amat dititik beratkan dalam Islam. Masih adakah ruang untuk kita memberikan alasan untuk tidak mencari jalan sebagai memastikan pilihan pemakanan kita dari sumber yang BENAR-BENAR HALAL?? Atau... Adakah anda benar-benar yakin bahawa di Malaysia ini, semua produk makanan yang berlogo halal, BENAR-BENAR HALAL?? Jika jawapan anda 'YA' maka salah lah tanggapan itu.

Salah satu alternatif yang boleh dipilih buat masa ini (di Malaysia) ialah memilih produk2 makanan hasil keluaran Herba Penawar Al-Wahida (HPA).
*sila buat rujukan anda untuk lebih berkaitan HPA & sertai perjuangan kami segera !!

Semoga tulisan ini membuka minda yang masih belum terbuka, dan moga Allah mempermudahkan setiap langkah perjuangan dalam menegakkan kebenaran berkaitan halal & haram untuk semua antara kita. Amin.....

1 ulasan: