IM MALAYSIA BLOGGER

EDITOR JEJAK 87

Foto saya
Jasin, Melaka, Malaysia
Mohd Farid bin Baharudin @ Deejay Wid. Anak tunggal yang lahir pada 28 Februari 1987 di Melaka. Bekas pelajar Sek.Keb.Selandar, Sek.Men.Keb.Selandar, Sek.Men.Keb.Telok Mas dan Institut Perguruan Ipoh Perak. Mewakili negara ke Jepun pada tahun 2000. Pelatih PLKN Kump.2-Siri 2 tahun 2005. Anggota Perguruan Seni Silat Gerak Insan Seni sejak 2002. Bersama perjuangan HPA dengan no.keahlian 470711.MY01 berpangkat Pengurus Melati PLX. Berumahtangga pada 3 November 2007 dan menjadi bapa pada 28 November 2008. Berpengalaman menjadi juruacara dan terlibat dengan tugas sebagai seorang DJ sejak tahun 2001. Kini bertugas di salah sebuah konty terbuka di Melaka secara sepenuh masa. Pendokong perjuangan Pakatan Rakyat dari PKR.

KOMUNITI JEJAK 87

20 Oktober 2009

ESOK SEGALANYA MUNGKIN

21 Oktober 2009, 02 Zulkaedah 1430 Hijrah

Jam 9 pagi esok segalanya mungkin berlaku. Sekali lagi aku terpaksa berteka-teki dengan kalian dan nasibku yang belum pasti. Bulan puasa yang lalu, aku pernah membuat satu entri yang mengatakan andainya 'sesuatu' itu berlaku pada diri aku, maka itulah saat akhir aku bertemu kalian di dunia blogger ini. Namun, 'sesuatu' itu ditunda dan bertangguh hingga esok hari....

Aku masih terpaksa menyebutnya sebagai 'sesuatu' kerana aku merasakan ia terlalu peribadi sehinggalah 'sesuatu' itu menjadi yang tidak lagi peribadi (jika aku masih bersama dengan kalian dalam episod hidup hari mendatang). Tapi... andaikata esok bukan takdir untuk kita bersama lagi, aku pohonkan jutaan ampun maaf kepada semua yang kenal akan diri ini dan harapan moga terus dengan perjuangan hidup kalian masing-masing.

Aduh terlalu susah mungkin untuk kalian memahami akan tulisan aku kali ini, tapi janji aku pada kalian, jika esok aku masih ditakdir bersama kalian, akan aku paparkan segala teka-teki dan aku jelaskan akan pengertian 'sesuatu' itu. Jika sebaliknya esok bukan milik aku, maka entri ini menjadi entri terakhir aku yang bergelar editor di laman ini (JEJAK 87).

Aku pinta keikhlasan tuan-puan semua untuk turut mendoakan agar esok menjadi milikku dan moga kita bersua lagi kerana, ESOK SEGALANYA MUNGKIN.......

3 ulasan:

  1. Ingatlah
    "dengan nama Allah, yang dengan namaNYA akan terhalanglah sesuatu dibumi dan di langit untuk menimpakan bencana, dan Dia maha mendengar dan mengetahui"

    .... sesuatu yang berlaku adalah dengan izinNya....

    BalasPadam
  2. terima kasih sekali lagi buat Mokde yg buat kali keduanya memberi respon di bawah tajuk entri nie....

    BalasPadam
  3. hidup mesti terus bro.... Sampai muka surat yang ditetapkan untuk kita baru stop... hahaha PEACE...

    BalasPadam