
NUR AINUL MARDIAH BATRISYAH @ Dia.....
10 Oktober (0400pm): Dia... mula diserang demam.....
11 Oktober (0345am): Aku membawa dia ke Hospital Jasin setelah muntah 4X secara luar biasa.....
12 Oktober (0530pm): Dua botol IMT Drinks HPA telah dia habiskan.....
12 Oktober (1145pm): Demam dia berulang... Ibunya mula memberi bancuhan roselle sebagai usaha menurunkan suhu badan.....
13 Oktober (1045am): Dia dibawa ke Klinik Kesihatan Selandar akibat cirit-birit sepanjang malam dan suhu badan makin meninggi... Namun muntahnya mula berhenti. Dari pemeriksaan, suhunya 37.5 darjah celcius, tekaknya merah membengkak. Ujian H1N1 negatif.....
14 Oktober (0745pm): Setelah beberapa kali percubaan memberi ubat dan minuman gagal, dia dibawa ke salah sebuah Klinik Swasta di Jasin... Doktor menyatakan bahawa dia hanya demam biasa dan kembung perut...
15 Oktober (0230am): Panas mula berkurangan, tapi cirit-birit makin kerap.....
15 Oktober (0915am): Dia tersenyum buat kali pertama setelah diserang demam hampir 5 hari... Roselle bancuhan ibu mula diterima semula dan mula menunjukkan keinginan untuk makan setelah tidak makan melainkan air garam yang dibekal doktor.....
16 oktober (0100am): Dia tidur lebih nyenyak berbanding beberapa malam sebelumnya, cirit-birit mula hilang... Cuma kelincahan pergerakkan agak menurun, tetap menunjukkan positif untuk penyembuhan.....
Ayah dan ibu berdoa semoga dia lekas sembuh...... Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan