IM MALAYSIA BLOGGER

EDITOR JEJAK 87

Foto saya
Jasin, Melaka, Malaysia
Mohd Farid bin Baharudin @ Deejay Wid. Anak tunggal yang lahir pada 28 Februari 1987 di Melaka. Bekas pelajar Sek.Keb.Selandar, Sek.Men.Keb.Selandar, Sek.Men.Keb.Telok Mas dan Institut Perguruan Ipoh Perak. Mewakili negara ke Jepun pada tahun 2000. Pelatih PLKN Kump.2-Siri 2 tahun 2005. Anggota Perguruan Seni Silat Gerak Insan Seni sejak 2002. Bersama perjuangan HPA dengan no.keahlian 470711.MY01 berpangkat Pengurus Melati PLX. Berumahtangga pada 3 November 2007 dan menjadi bapa pada 28 November 2008. Berpengalaman menjadi juruacara dan terlibat dengan tugas sebagai seorang DJ sejak tahun 2001. Kini bertugas di salah sebuah konty terbuka di Melaka secara sepenuh masa. Pendokong perjuangan Pakatan Rakyat dari PKR.

KOMUNITI JEJAK 87

10 Oktober 2009

DEDIKASI BUAT BUSU MOHD NAZRIN


Dedikasi dan Teristimewa Buat Busuku...
MOHD NAZRIN ABD. GHANI


10 Oktober 2009, Sabtu (21 Syawal 1430 Hijrah)
Hari ini keluarga sebelah ibuku amat sibuk sejak awal pagi. Acara penting bakal berlangsung... Ahli keluarga mula berhimpun, beberapa jiran tetangga mula hadir. Sedikit hidangan untuk sarapan pagi disediakan. Untuk apa??

Selepas solat zohor hari ini bakal berlangsungnya majlis akad nikah Mohd Nazrin Abd.Ghani, adik bongsu ibuku (busu) yang merupakan bapa saudara terakhir yang masih berstatus bujang. Dan kini telah dipertemukan jodohnya dengan seorang ibu tunggal yang berasal tidak jauh dari kampung kami, Kampung Air Kangkong, Jasin.

Persiapan akhir lebih tertumpu kepada urusan menghias 7 dulang hantaran. Agak hampa aku tidak dapat turut serta dalam segmen hias-menghias malam sebelumnya kerana terpaksa bertugas di konty hingga jam 2 pagi... Huuurrmmm... Namun hari ini, 100% majlis akan merada di lanser kamera editor JEJAK 87. Yes !!!

Meninjau kesemua 'dedulang' (perkataan ini tak wujud dalam kamus tau...) yang telah siap dihias, lanser JEJAK 87 mula ber'kerja' untuk liputan acara ini..... Jom saksikan...







Selepas solat zohor.....

Rombongan kami yang menaiki lima buah kereta (-Proton Waja (paklang), Proton Saga (paklong) Proton Wira (makcik), Viva Elite (ibuku) dan Viva (datuk saudara) ,mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah menuju ke masjid Kg.Air Kangkong, Jasin.
(Belilah Barangan Buatan Malaysia) Hehehe.....

Ketibaan di masjid tersebut disambut oleh tuan imam dan beberapa pegawai syarak dan adat tempatan. Pihak pengantin perempuan tiba lebih kurang 15 minit kemudian...





Setelah disulami acara berbalas pantun oleh wakil pihak perempuan dan lelaki, upacara akad nikah pun berjalan meniti majlis diketuai wakil wali pengantin perempuan, imam satu masjid berkenaan.

Tuan imam (yang mirip rupa Tuan Guru Nik Aziz bila dipandang dari tepi) memulakan lafaz akad...

"Mohd Nazrin...", panggilnya.
"Saya..."
"Aku nikahkan dikau dengan Habibah binti Hamid dengan berwakil walinya kepadaku dengan mas kahwin RM40.00 tunai"
"Aku terima nikahnya Habibah binti Hamid dengan mas kahwin RM40.00 tunai..."

"Al-Fatihah......"

Ummul kitab dibaca, doa diamin bersama ahli-ahli rombongan kedua belah pihak. Dengan sekali lafaz, maka kini busuku telah bergelar seorang suami buat maksu (wah !!! dah ada maksu tau...)
Semoga rumahtangga yang dibina mendapat rahmat dan limpahan bahagia dari yang Maha Esa. Amin...


Buat busu dan isterinya (nak panggil , masih kekok lagi, jangan marah yerr) aku selaku wakil ahli keluarga mengucapkan:

" T A H N I A H "
d a n
" S E L A M A T P E N G A N T I N B A R U "


1 ulasan:

  1. tahniah! selamat pengantin baru.Jagalah baik-baik mahligai yang baru dibina supaya kekal sehingga ke akhir hayat.

    BalasPadam