IM MALAYSIA BLOGGER

EDITOR JEJAK 87

Foto saya
Jasin, Melaka, Malaysia
Mohd Farid bin Baharudin @ Deejay Wid. Anak tunggal yang lahir pada 28 Februari 1987 di Melaka. Bekas pelajar Sek.Keb.Selandar, Sek.Men.Keb.Selandar, Sek.Men.Keb.Telok Mas dan Institut Perguruan Ipoh Perak. Mewakili negara ke Jepun pada tahun 2000. Pelatih PLKN Kump.2-Siri 2 tahun 2005. Anggota Perguruan Seni Silat Gerak Insan Seni sejak 2002. Bersama perjuangan HPA dengan no.keahlian 470711.MY01 berpangkat Pengurus Melati PLX. Berumahtangga pada 3 November 2007 dan menjadi bapa pada 28 November 2008. Berpengalaman menjadi juruacara dan terlibat dengan tugas sebagai seorang DJ sejak tahun 2001. Kini bertugas di salah sebuah konty terbuka di Melaka secara sepenuh masa. Pendokong perjuangan Pakatan Rakyat dari PKR.

KOMUNITI JEJAK 87

12 Oktober 2009

AL-FATIHAH MENGIRINGI PEMERGIAN MEREKA

12 Oktober 2009, Isnin (23 Syawal 1430 Hijrah)
Selepas dikejutkan dengan pemergian Edin pada 24 Ramadhan lalu, hari ini kami (DJ-DJ di konty sekitar Melaka) dikejutkan pula dengan dua berita kehilangan insan yang melibatkan rakan-rakan kami.

Jam 01.55 petang.....
Aku ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari Pusat Agensi Jasin. Telefon bimbit berbunyi tanda ada SMS yang aku terima. Isteri kepada rakan setugas, DJ.Abu Seruling yang bertugas di konty Batang Tiga, Pantai Klebang memaklumkan suaminya (DJ.Abu Seruling) telah kembali ke rahmatullah beberapa minit lalu dan aku orang pertama yang dimaklumkan tentang berita itu.

Dalam SMS isteri allahyarham itu, beliau meminta supaya berita itu dapat aku sampaikan kepada teman-teman DJ yang lain, yang kenal dengan allahyarham. Turut diberitahu bahawa jenazah akan dikebumikan di kampung Tanjung Keling. Pemergiannya disebabkan demam panas sejak beberapa hari yang lalu dan diikuti serangan stroke.

Sejurus dengan berita itu, kereta yang aku pandu, aku rapatkan ke bahu jalan dan tangan mula mendail teman-teman kami yang lain. Mereka yang sempat aku maklumkan:

DJ.Bob @ Borhan Abu Bakar (Dari konty Bob D'FM, MITC Melaka)
DJ.Misai @ Rosli (Dari konty Bob D'FM, MITC Melaka)
DJ.Jai (Belimbing Dalam)
Abang Yus & Kak Salmah (Konty D'Nila.FM)
Bro.Is @ Ismail (krew D'Nila.FM)
Syed Ahmad @ Ayeed (peserta wakil Melaka, Pert.Bintang Klasik.FM 2008 & 2009)


Ketika menghubungi DJ.Bob, dia memberitahu bahawa beliau tidak dapat hadir ke sana kerana beliau sedang dalam perjalanan ke kampung, ayah beliau sedang nazak.

Sampai di rumah lebih kurang jam 02.35 petang, aku sekali lagi menerima SMS dan kali ini dari DJ.Bob memberitahu tentang pemergian ayahnya pula (En.Abu Bakar).
Dari DIA kita datang, kepada-Nya bakal kita dikembalikan...

DJ.Bob yang juga merupakan salah seorang downline aku dalam HPA, meminta agar dimaklumkan kepada pelanggan-pelanggan kami bahawa konty Bob D'FM bakal ditutup buat beberapa hari atas hal tersebut.

Selaku wakil dari krew-krew D'Nila.FM dan Warisan Klasik dan semua sahabat, aku sampaikan ucapan takziah kepada:
Keluarga Allahyarham DJ.Abu Seruling
dan
Keluarga DJ.Bob atas pemergian bapanya.

Semoga kedua-dua roh mereka dicucuri rahmat ALLAH SWT...

~~~~~ AL-FATIHAH ~~~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan