Tiba di rumah mertuaku (Kampung Melayu, Parit Yusuf, Muar, Johor) pada jam 9 malam, 1 Syawal...
Kepulangan kami disambut oleh dua keluarga bapa saudara isteriku dari Kota Tinggi dan... (ahh!! lupa pulak...) Malam itu tidak ke mana pun sebab dah penat sangat di siangnya. Nur Ainul pun dah meragam minta waktu tidurnya. Maklumlah tak pernah rasa 'diayak' sekian lama. Kesian si kecil tu... Keputusan diambil untuk berehat sahaja di rumah malam itu.
.....02 Syawal 1430 Hijrah, 21 September 2009
Wajah anak dan ayahnya yang bersedia untuk 'acara' raya hari kedua. Anaknya tersenyum gembira... Tapi ayahnya macam penat jer lagi...?? Hahaha...
Kepulangan kami disambut oleh dua keluarga bapa saudara isteriku dari Kota Tinggi dan... (ahh!! lupa pulak...) Malam itu tidak ke mana pun sebab dah penat sangat di siangnya. Nur Ainul pun dah meragam minta waktu tidurnya. Maklumlah tak pernah rasa 'diayak' sekian lama. Kesian si kecil tu... Keputusan diambil untuk berehat sahaja di rumah malam itu.
.....02 Syawal 1430 Hijrah, 21 September 2009
Wajah anak dan ayahnya yang bersedia untuk 'acara' raya hari kedua. Anaknya tersenyum gembira... Tapi ayahnya macam penat jer lagi...?? Hahaha...
Ikut jadual, rumah mertuaku akan disinggahi mereka awal pagi ini. Kepada tuan-tuan rumah, tak diwajibkan menyediakan makan minum yang berat-berat. Cukup sekadar kuih raya dan air sahaja. Sebab ahli kumpulan inipun akan bergegas melaksanakan aktiviti itu dengan kadar segera. Mana tak nya... Kalau nak dikira-kira, tak kurang dari 100-250 buah rumah perlu dikunjungi dalam tempoh hanya TIGA hari !!!
Kami tak menunggu lama... Lebih kurang jam 10.30 pagi, yang dinanti pun tiba. Kunjungan hampir 30 orang ahli marhaban itu mencuri pandang lanser aku. Tahun lepas tak berkesempatan nak menyaksikan sendiri, sebab aku dan isteri pulang ke kampung pada pagi raya kedua. Kumpulan mereka pulak datang ke rumah pada raya pertama. Jadi apa lagi...?? Inilah sedikit gambaran suasana yang berlaku ketika majlis marhaban itu...
Selesai dua rumah... Mana lagi?? Jom ketuk pintu rumah Ogy, rakan isteriku juga di bangku sekolah. Juga dah bergelar isteri dan ibu tahun lalu. Malangnya, Ogy takde di rumah kerana tahun ni giliran beraya di kampung suaminya. Hurrrmmm... Takde rezeki nak jumpa tahun ni...
Mungkin ada yang tanya, tak pergi rumah sedara-sedara ker? Hehe... Untuk pengetahuan semua, dibelah isteriku ini, semua ahli keluarga nya akan datang ke rumah mertuaku. Kerana atok (nenek isteriku) adalah ahli keluarga tertua yang masih hidup dan atok memang tinggal di rumah mertuaku. Jadi, mereka semua akan datang berselang-selang untuk berziarah.
Kalau ada yang paling hampir pun rumah mak uda (mokde Leha dan mokde Tina) yang letak betul-betul berdepan dengan rumah mertuaku. Yang lain-lain nya semua jauh-jauh dari lingkungan rondaan aku dan isteri. Harap maklum... Hehehe...
....pusing punya pusing, tak sedar waktu berlalu. Petang itu kami berangkat semula kembali ke rumah di Melaka. Sebelum berangkat pulang, sempat isteriku merakam beberapa photo kenangan dengan....
Pertama... Abang Azrul (sepupu isteriku yang masih bujang dan telah hampir 3 @ 4 tahun tak pulang beraya di kampung)
Demikianlah sedikit kisah rayaku bersama isteri dan puteri kami. Sederhana tapi seronok, penat tapi gembira.....
Tirai Syawal yang berbaki masih lagi kami teruskan dalam memenuhi beberapa jemputan rumah terbuka rakan-rakan. Yang masih belum sempat berkunjung atau bersua muka raya ini, pintu rumah kami masih terbuka menerima kunjungan anda. Silalah selagi raya masih ada...
Dengan itu, coretan sempena LEBARAN 2009 aku tamatkan sampai di sini.
-SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI-
Maaf Zahir dan Batin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan