IM MALAYSIA BLOGGER

EDITOR JEJAK 87

Foto saya
Jasin, Melaka, Malaysia
Mohd Farid bin Baharudin @ Deejay Wid. Anak tunggal yang lahir pada 28 Februari 1987 di Melaka. Bekas pelajar Sek.Keb.Selandar, Sek.Men.Keb.Selandar, Sek.Men.Keb.Telok Mas dan Institut Perguruan Ipoh Perak. Mewakili negara ke Jepun pada tahun 2000. Pelatih PLKN Kump.2-Siri 2 tahun 2005. Anggota Perguruan Seni Silat Gerak Insan Seni sejak 2002. Bersama perjuangan HPA dengan no.keahlian 470711.MY01 berpangkat Pengurus Melati PLX. Berumahtangga pada 3 November 2007 dan menjadi bapa pada 28 November 2008. Berpengalaman menjadi juruacara dan terlibat dengan tugas sebagai seorang DJ sejak tahun 2001. Kini bertugas di salah sebuah konty terbuka di Melaka secara sepenuh masa. Pendokong perjuangan Pakatan Rakyat dari PKR.

KOMUNITI JEJAK 87

29 Julai 2009

DESERT: RADIX PURPLE KOKO

Hari ni aku nak ajak cuba resepi buatan aku sendiri. Desert ciptaan aku ni mudah ajer... Jom tengok bahan-bahan dan barang-barang yang diperlukan. Hehehe...

1. Aiskrim Toyyibah-Perasa Keladi (perkataan 'purple' tu sebab warnanya ungu)



2. Serbuk Radix Koko (sachet atau pek baru 1kg. sama jerr....)



3. Sebuah gelas atau cawan (ikut kehendak masing-masing laa)

4. Sebatang sudu (untuk menggaul dan makan. hahaha...)

Cara membuatnya:

1. Ambil lebih kurang 5-6 sudu aiskrim keladi tadi, masukkan ke dalam gelas atau cawan.


2. Masuk dan taburkan pulak serbuk radix koko.


3. Gaulkan aiskrim keladi bersama serbuk radix koko dengan kaedah mengacaunya laju-laju ikut lawan arah jam (sunnah ikut lawan arah jam ni). Pastikan campuran tadi dikacau hingga warna coklat radix koko 'mengatasi' warna ungu aiskrim keladi. Senang faham, bertukar jadi warna coklat (seperti dalam gambar dibawah).



Dah siap untuk dinikmati !!! Kan aku dah cakap, mudah ajer... Rasanya?? Best giler !!! Puteri aku menggambarkan segalanya.....




Nota Tambah: Kalau nak lebih lazat, boleh lah cuba campurkan kismis minda, radix cookies atau bahan selain produk HPA seperti kacang tanah goreng yang dikisar ataupun badam. SELAMAT MENCUBA RADIX PURPLE KOKO !!!

27 Julai 2009

DEODORANT: RADIX MEN & CENTELLA WOMEN

Hampir seminggu laman ini menantikan bahan untuk dicoret. Dan akhirnya kunjungan ke Pusat Agensi Jasin petang ini membuka sedikit ruang untuk aku menulis kaunter topik baru. Satu lagi produk halal lagi suci baru, kelahiran Al-Wahida Marketing (HPA) muncul di pasaran dan alhamdulillah aku telah memilikinya sebelum topik di laman rasmi pusat agensi membuat pengumuman mengenainya...


RADIX MEN & CENTELLA WOMEN
Berat Bersih: 60ml per botol
Harga: RM6.50 (ahli)
Nilai Mata: 1

Aku mendapatkan 1 Radix Men dan 1 Centella Women khas untuk isteriku. Seperti jangkaan, isteriku tersenyum lebar ketika menghidu haruman dari deodorant berkenaan. Semoga dengan kemunculan produk ini, umat Islam umumnya dan ahli-ahli HPA khasnya, akan meneruskan usaha memboikot produk-produk Israel dan semua produk yang diragui kesucian terutamanya barangan kosmetik. Terbukti HPA sentiasa meletakkan kepentingan ummah dihadapan. Setelah dikaji dan penciptaan terlaksana, kini kita mampu menggunakan deodorant dari tangan umat Islam sendiri tanpa rasa ragu-ragu terhadap bahan untuk proses ciptaannya.

Apa tunggu lagi?? Dapatkan segera melalui upline masing-masing atau terus ke stokis berhampiran, dan yang berada di sekitar Jasin, kunjungi pusat agensi di Air Merbau. Tak tahu di mana lokasinya? Sila kunjungi laman blog rasmi Kelab Sahabat Siti Khadijah yang telah sedia terpaut pada bahagian 'blogroll' pilihan editor laman ini (kanan anda).

*Sampingan:
Alhamdulillah, kunjungan ke PA juga membawa pulang katalog produk terbaru hasil idea dan usaha beberapa PJS di sekitar Melaka. RM3.00 saja harganya... Katalog ini memuat semua produk terbaru yang tidak terdapat dalam katalog kid niaga versi lama. Empat set katalog telah aku dapatkan untuk kegunaan aku, satu untuk isteriku jika pulang ke kampungnya, ayah dan ibu seorang satu untuk dibawa ke tempat kerja.



Lebih mudah mempromosi dengan orang baru, tak kira dimana. Terima kasih untuk penciptaan katalog yang mudah dibawa ini.... GEMPUR TERUS GEMPUR !!!

22 Julai 2009

GARIS PANDUAN HIBURAN DALAM ISLAM

1. TUJUAN

Garis Panduan Hiburan Dalam Islam ini disediakan untuk memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan merangkumi nyanyian, muzik, tarian dan lain-lain. Garis Panduan ini juga akan dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat awam yang menyertai persembahan rancangan hiburan.

2. PENDAHULUAN

2.1. Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:

“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Riwayat Ibnu Majah)

Berdasarkan Hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal. 273).

2.2 Dalam membincang isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:

a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat[1], tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah[2] adalah harus;

b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;

c) Pancaragam yang melalaikan[3] hukumnya haram;

d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan

e) Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.

3. KANDUNGAN GARIS PANDUAN

3.1 Garis panduan ini mengandungi perkara-perkara berikut:

3.1.1 Takrif
3.1.2 Program Hiburan
3.1.3 Persembahan Muzik
3.1.4 Lirik Lagu
3.1.5 Persembahan Artis
3.1.6 Persembahan Tarian
3.1.7 Tanggungjawab Penganjur
3.1.8 Kesimpulan

3.2 Takrif

3.2.1 HiburanMaksud hiburan ialah sesuatu (perbuatan, benda dll) untuk menghiburkan (menyenangkan, mententeramkan) hati. (Kamus Dewan).
3.2.2 NyanyianMaksud nyanyian ialah gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. (Kamus Dewan).
3.2.3 MuzikMaksud muzik ialah gubahan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan pernyataan perasaan. (Kamus Dewan).
3.2.4 TarianMaksud tarian ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. (Kamus Dewan).

4. GARIS PANDUAN

Garis panduan yang memisahkan sama ada hiburan itu boleh atau sebaliknya menurut Islam adalah sejauh mana hiburan tersebut mencapai maksud dan prinsip yang menekankan ke arah kesejahteraan umat manusia. Antara garis panduan tersebut adalah seperti berikut;

a) Program Hiburan
i. Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.
ii. Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai.
iii. Mengambilkira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.
iv. Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.
v. Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan.
vi. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

b) Persembahan Muzik
i. Tidak menimbulkan gerakgeri liar.
ii. Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat.
iii. Tidak melalaikan.

c) Lirik
i. Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.
ii. Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak, dan memberi perangsang melakukan dosa.
iii. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi.
iv. Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam.
v. Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam.
vi. Tidak mengandungi unsur mengutuk nasib dan lucah.
vii. Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan seumpamanya.
viii. Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik.

d) Persembahan Artis
i. Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.
ii. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
iii. Tidak melakukan gerak geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.
iv. Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam.

e) Persembahan Tarian
i. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak
iii. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
iv. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.
v. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.

f) Tanggungjawab Penganjur
Penganjur hendaklah mempastikan acara hiburan yang dianjurkan menepati garis panduan yang telah disediakan.

5. KESIMPULAN

Garis Panduan ini diharap memberikan panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan. Ia juga dijadikan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang dapat mengamal dan menikmati hiburan berteraskan nilai-nilai akhlak dan syariat Islam.


SUMBER RUJUKAN

1. Mausu’ah al-Fiqhiyyah, Wizaratul Auqaf Wa al- Syu’un al-Islamiah,Cetakan Pertama, 1995, Kuwait.

2. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, Syeikh Abdullah bin Mohamad Basmeih, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

3. Al-Halal wa al- Haram fi al-Islam, Syeikh Yusuf al-Qardhawi, al-Maktab al-Islami, Cetakan ke-15, Beirut 1994.

4. Kamus Dewan, Edisi Baru, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991.

5. Garis Panduan Muzik, Nyanyian dan Seni Menurut Pandangan Islam, Bahagian Penyelidikan, JAKIM.

6. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981.

7. Garis Panduan Penyiaran, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

[1] Sesuatu perbuatan yang haram (Mausu’ah al-Fiqhiyyah)
[2] Cubaan, gangguan, hasutan dan kekacauan (Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran)
[3] Perkataan dan sebagainya yang tidak mendatangkan hasil serta tidak memberi faedah dan manfaat . (Mausu’ah al-Fiqhiyyah)

20 Julai 2009

KEBULURAN MEREKA JADI RENUNGAN

Krisis kewangan global yang sedang berlaku sekarang telah meningkatkan angka kelaparan dunia. Angka ini kini mencecah rekod tertinggi iaitu 1 bilion, sekali gus menjadi ancaman kepada keamanan dan keselamatan dunia. Bayangkan, daripada jumlah purata 6 billion manusia di muka bumi, 1 billion daripadanya sedang KELAPARAN ketika anda membaca artikel ini. Aku sendiri terkejut akan angka ini, namun itulah realiti akan wajah dunia yang diwarnai 'kebuluran'.


Menurut Pegawai Pemakanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bencana seperti peperangan, kemarau, ketidakstabilan politik, harga makanan yang tinggi dan kemiskinan menyebabkan nisbah kebuluran kini berada pada tahap enam nisbah satu (6:1), sesuatu yang cukup membimbangkan.

“Tiada negara yang terkecuali daripada krisis kelaparan ini,” kata Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB, Jacques Diou, pada 20 Julai 2009 yang lalu.

Menurut FAO, angka kelaparan dianggarkan telah meningkat mencecah 1.02 bilion iaitu meningkat sebanyak 11 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 915 juta. Sementara itu, Josette Sheeran daripada Program Makanan Sedunia yang juga agensi makanan PBB berpangkalan di Rom berkata, rusuhan akibat krisis kelaparan berlaku sekurang-kurangnya di 30 negara pada tahun lalu.

Dunia yang menghadapi krisis kelaparan adalah dunia yang merbahaya. Tanpa makanan, manusia hanya mempunyai tiga pilihan iaitu merusuh, berhijrah atau mati. Ketiga-tiga pilihan yang tidak boleh diterima sama sekali sebagai langkah penyelesaian terbaik bagi menangani isu kebuluran ini.

Selain itu, angka mereka yang kelaparan juga berkembang lebih cepat daripada pertambahan penduduk dunia. Kebanyakan negara yang kekurangan makan adalah negara membangun.

Sehubungan itu, kita sebagai RAKYAT MALAYSIA, haruslah bersyukur kerana kita masih lagi boleh menatap sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam dengan aman tanpa kebuluran. Betapa ramainya rakan kita di luar sana yang begitu mengharapkan sesuap nasi untuk mengisi perut mereka yang kelaparan.

Oleh yang demikian, aku menyeru diri aku sendiri serta semua antara kita agar mengambil kesempatan akan keberangkatan tiba Ramadhan musim ini yang bakal tiba lebih kurang sebulan sahaja lagi, untuk menjadikan 'lapar' berpuasa nanti sebagai satu intipati untuk terus merenung betapa beruntungnya aku dan kita semua menjadi rakyat di bumi Malaysia ini. Biarpun politiknya kadangkala 'gila', sungguhpun sumber makanan di pasaraya nya yang membimbangkan pengguna muslim, namun kita tidak kelaparan dan kita ada alternatifnya. Sekali lagi, tepuk dada tanya iman. Kemahuan dunia bakal membawa kita ke jurang keburukan jika salah penilaian dan pertimbangan itu terletak di kotak fikir anda semua. Timbang-timbangkan, tapi jangan guna dacing karat biru... (gurau yang serius)

p/s: TAHNIAH untuk PAS atas kemenangan di Manek Urai 14 Julai lalu. Biarpun angka 65 itu pada mata kasarnya kecil, ertinya tetap besar kerana kemenangan itu tidak disulami rasuah jambatan yang akhirnya runtuh sebelum tiba saat waktu untuk melintas.....

17 Julai 2009

AMALAN: DOA SULAIMAN


Terjemahan:
Ya ALLAH, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman, dan Nabi Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah ALLAH, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya. Selamat sejahterakanlah kami wahai tuhan Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail. Telah menguasai Nabi Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan berserta keselamatan yang banyak. Maha suci ALLAH Taala yang maha mulia kemuliaan, dan kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis, wahai iblis, wahai iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman, dan telah berselawat ALLAH ke atas Nabi Sulaiman, juga ke atas para nabi dengan rahmat-Mu ya ALLAH yang amat mengasihani daripada segala-galanya.

(Dipetik dari laman Darussyifa.org)

11 Julai 2009

HARAMKAN NESTLE, BOIKOT ISRAEL, SOKONG HPA


Nestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company. Ini bermakna 97 tahun, iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia. Saya yakin anda yang sedang membaca artikel ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan juga tidak ada upaya untuk hidup sehingga 100 tahun. Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan Malaysia itu dapat dieja. Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.

Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.

Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo dalam satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle. Gandingan dua produk ini barangkali memberi kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, dimana setiap tegukan itu serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas bumi Palestin oleh Yahudi Laknatullah.

Bukan satu rahsia bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar minuman Milo di dunia. Fakta ini dijelaskan apabila Nestle menerima anugerah Pingat Emas untuk Malaysia-Canada Business Excellence Award
( http://malaysia-canada.com/biz-awards-2006/branding.htm )
pada 2006. Dinyatakan pada laman web itu:

Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is so popular that almost all households have a tin of Milo and it would be almost impossible to find a restaurant that doesn't sell Milo beverages.
Saya terjemahkan di sini:
Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo.

Bukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?

Adakah kita berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia, yang beragama Islam terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui penggunaan Nescafe dan Milo selama ini. Produk Nescafe dan Milo ini menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% di Malaysia berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan oleh Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin.
Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.

Semasa kita umat Islam Malaysia masih setia menggunakan produk Nestle menjadi sebahagian darah daging kita, syarikat itu telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar makanan dari Israel iaitu Osem Investment pada tahun 2000 untuk membina sebuah fasiliti R&D di Sderot, Israel.
R&D itu digunakan sebagai .pusat pembangunan bagi makanan snek (ya, makanan yang kita semua jamah setiap hari itu) dan jutaan dollar dilaburkan untuk operasi R&D tersebut.

Pusat R&D itu dibina di atas tanah haram di bawah kerajaan haram Israel. Dan jutaan dollar dilaburkan ke atas pusat R&D haram itu tiap-tiap tahun. Tanah yang dirampas dari tangisan dan darah umat Palestin itu senang-senang sahaja digunakan oleh Nestle untuk kemudahan dirinya, malah memberi manfaat pula kepada kerajaan haram Israel.

Sebangsat mana lagi kelakuan Nestle yang diperlukan sebelum kita mahu memboikotnya?

Setiap produk Nestle yang kita jamah itu mengandungi satu lagi kandungan ramuan yang terlindung, iaitu darah umat Palestin!



Pada 1998, Peter Brabeck-Letmathe (salah seorang Lembaga Pengarah Nestle, kini sebagai Pengerusi), mewakili syarikat Nestle telah menerima Jubilee Award disampaikan oleh Perdana Menteri Israel sendiri iaitu Benjamin Netanyahu. Anugerah Jubli ini adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan haram Israel sebagai tanda penghargaan kepada individu atau organisasi yang berjasa kepada kerajaan haram tersebut, samada melalui perdagangan atau pelaburan. Berjasa di sini bermakna individu atau organisasi itu telah membantu ekonomi Israel, meningkatkan kewangannya untuk membeli lebih banyak senjata api untuk membunuh rakyat Palestin, menghalau mereka dari tanahair sendiri dan membina binaan haram di atas tanah yang dirampas.

Membeli produk Nestle bermakna membantu dan mengiktiraf kerajaan haram Israel. Setiap sen yang dibelanjakan untuk membeli produk mereka akan sampai kepada kerajaan haram Israel. Dan Israel akan menyampaikan setiap sen yang kita berikan dalam bentuk peluru yang dibedil ke atas umat Islam Palestin.

Pernahkah kita bersuara kepada tauke kedai meminta mereka menukar menu minuman dari Milo kepada jenama lain? Pernahkah kita berkata kepada mereka yang kita tidak mahu jenama Milo, Nescafe, Nesquik, Maggi dan sebagainya? Pernahkah kita mendesak mereka menyediakan jenama lain? Kebanyakannya akan menjawab TIDAK. Bermakna kita TIDAK melakukan apa-apa tindakan tetapi hanya pandai merungut. Kita tidak bertindak, apatah lagi menyuarakannya.

Lebih malang lagi jika kita langsung tidak peduli untuk memboikot. Mungkin juga menjadi lebih bangsat apabila kita memperlekehkan pula usaha memboikot.
Berapa lama lagi perlu kita tunggu sebelum kita mahu mula memboikot produk Nestle?
Jika kita masih mahu menunggu sehingga Palestin hancur, maka ketahuilah bahawa Palestin telah lama hancur!!!

wajah melayu yang masih terus diperalat bangsa kafir

GEMPUR: SERI MENDAPAT

Dengan tema Sambutan Hari Guru 2009, 'Guru Pembina Negara Bangsa', hari ini seluruh warga pendidik di hampir semua sekolah agama JAIM di Jasin mengadakan sambutan peringkat daerah di padang Felcra Seri Mendapat, Merlimau, Melaka. Hujan lebat sejak awal pagi tidak sedikit pun mematahkan semangat aku untuk turut sama menyertai aktiviti gerai promo HPA di acara tersebut. Selepas bersama PJ Abd.Halim di SMK.Seri Bemban tempoh hari, semangat aku untuk turun membantu pusat agensi HPA Jasin dalam acara gerai promo ini semakin bertambah. Ditambah pulak dengan kelapangan masa waktu siang yang berada dalam jadual harian aku memungkinkan kebersamaan ini.

Tiba lebih kurang jam 8.30 pagi disana, PJ Abd.Halim dan bakal PJ, Kak Izah dah sedia menunggu di tapak gerai. Hujan yang reda selang beberapa ketika kemudian membawa langkah kami untuk memulakan kerja punggah produk ke meja pameran. Selain gerai kami, ada enam atau tujuh gerai lain yang turut mengambil bahagian dalam program ini. Masing-masing dengan jualan dan promosi produk tersediri antaranya, jualan kek, baju batik dan tudung, gerai K-Liquit Chlorophill, barangan perhiasan dari manik-manik buatan tangan dan gerai jualan air dan roti canai segera.

Sepanjang kami berada di sana, sambutan oleh warga pendidik (yang hampir semuanya bergelar ustazah) amat menggalakkan. Terbukti juga bahawa ramai antara mereka yang telahpun bergelar ahli HPA. Cuma aktif dan tak aktif menjadi perbezaannya. Ada jugak yang terkejut melihat lebih 200 produk HPA yang sempat kami pamerkan. Bagi yang bukan ahli, rata-rata mereka hanya tahu tentang Kopi Radix tanpa mengetahui bahawa HPA menawarkan pelbagai produk-produk lain yang sememangnya terlalu banyak. Ditambah pulak dengan kehadiran produk baru di pasaran: Sos Cili Roselle, Koko Radix Pek 1kg, Kopi Diet dan beberapa produk baru lain yang turut 'hadir' bersama hari ini. Jom kita saksikan antara gambar yang sempat aku 'snap' sepanjang acara ini.....

gerai promo kami. kelihatan Kak Izah mengukir senyum semangat memulakan 'tugas' kami hari ini



kelihatan PJ Abd.Halim berbicara sesuatu dengan Kak Izah, apa agaknya...??



pengurus pusat agensi HPA Jasin, PJ Abd.Halim Said (wah nie promote pusat agensi, dapat nilai mata tak En.Halim?? )



kopi radix... warna merahnya jadi lambang semangat juang seluruh ahli2 HPA



lima jenis kordial (asiatica, kurma madu, pink guava, roselle dan mangga) HPA turut menjadi antara perhatian pengunjung gerai kami



nak test air karbonat HPA...?? boleh rasa tapi bayar dulu... hehe



pelbagai produk yang menjadi pemangkin perjuangan ini



PJ sedang menerangkan produk yang ditanyakan pengunjung



selain gerai-gerai promo dan jualan, para guru turut terlibat dalam acara padang dan sukaneka


KEPENTINGAN MAKANAN HALAL

Agama Islam amat mengambil berat tentang makanan yang dimakan oleh umatnya. Justeru, adalah menjadi kewajiban bagi setiap orang Islam untuk mengambil makanan yang halal lagi baik. Mengapa Halal? Berikut dinyatakan sebab-sebab mengapa kita dituntut untuk makan makanan yang halal (antara yang sempat aku kutip untuk renungan bersama).
Sebab utama mengapa perlu memakan makanan yang halal ialah kerana memang itu sudah diperintahkan Tuhan kepada kita.

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya:
"Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)".
(Surah al-Baqarah: 168)

Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan:
"Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu". (Surah al-Baqarah: 172)

Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya:
"Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam" (Riwayat Dailami)

Maksud Hadis:
"Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya" (Riwayat Thabrani)

Lagi maksud Hadis:
"Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram". (Riwayat Ahmad)

Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan makanan haram, terhijab doanya dengan Tuhan.

Rasulullah bersabda:
"Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya" (Riwayat Muslim)

Rasulullah bersabda;
"Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah engkau orang yang diperkenankan permintaan" (Riwayat Thabrani)

Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan.
Sabda Rasulullah:
"Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari" (Riwayat Thabrani)

Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab kepada pembentukan hati seseorang. Ini sepertimana disabdakan oleh Rasulullah:
"Hati yang bersih ditempa daripada makanan yang bersih (halal)"

Telah dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, bab Adab Makan, satu hadis bermaksud:
"Hendaklah kamu makan daripada makanan orang yang bertaqwa"
Hadis ini jelas memberitahu kita bahawa apabila kita hendak makan, sebaiknya kita makan makanan yang disediakan oleh orang yang bertaqwa ataupun orang soleh. Mengapa dianjurkan sebegitu?

Ini adalah kerana:
a. Makanan itu jadi berkat atas kerana tangan orang yang membuatnya itu adalah orang bertaqwa.
b. Makanan itu sudah pasti halal, kerana tidak mungkin orang bertaqwa itu menyediakan makanan yang haram atau mendapatkan makanan itu daripada sumber yang haram.
c. Makanan itu disediakan dengan menyebut nama Allah. Kebiasaan orang bertaqwa memulakan pekerjaan dengan menyebut nama Allah.

Jelas kini, isu halal pada sudut pemakanan amat dititik beratkan dalam Islam. Masih adakah ruang untuk kita memberikan alasan untuk tidak mencari jalan sebagai memastikan pilihan pemakanan kita dari sumber yang BENAR-BENAR HALAL?? Atau... Adakah anda benar-benar yakin bahawa di Malaysia ini, semua produk makanan yang berlogo halal, BENAR-BENAR HALAL?? Jika jawapan anda 'YA' maka salah lah tanggapan itu.

Salah satu alternatif yang boleh dipilih buat masa ini (di Malaysia) ialah memilih produk2 makanan hasil keluaran Herba Penawar Al-Wahida (HPA).
*sila buat rujukan anda untuk lebih berkaitan HPA & sertai perjuangan kami segera !!

Semoga tulisan ini membuka minda yang masih belum terbuka, dan moga Allah mempermudahkan setiap langkah perjuangan dalam menegakkan kebenaran berkaitan halal & haram untuk semua antara kita. Amin.....

GEMPUR: SMK. SERI BEMBAN

24 Jun 2009.... Setelah menanti agak lama mencari-cari bahan untuk aku coretkan di laman nie akhirnya berakhir juga selepas aku dipanggil membantu pemilik Pusat Agensi HPA Jasin, PJ Abd.Halim Said menjalankan program mempromosi produk halal keluaran HPA sempena Sambutan Hari Koperasi Sekolah di SMK.Seri Bemban Jasin.

Program yang melibatkan dua aktiviti utama ini iaitu, gerai promosi produk dan sesi ceramah berkaitan halal dan haram dijalankan bermula dari jam 11.00 pagi hingga 4.30 petang. Inilah juga kali pertama aku turut serta dalam program promo HPA selepas PBC awal Januari lalu. Aku difahamkan, pihak Pusat Agensi dipanggil sendiri oleh pihak sekolah berkenaan untuk tujuan tersebut. Alhamdulillah, nampaknya penerimaan warga pendidikan (biarpun hanya di peringkat sekolah) menunjukkan bahawa HPA membawa satu misi jelas yang disambut baik oleh masyarakat yang mahukan perubahan khasnya dari sudut penggunaan produk harian.

Perjalanan program ini lancar dari awal pagi tersebut dan selesai dengan jayanya. Selain aku (yang lebih banyak memerhati) Kak Norizah @ Kak Izah (upline aku) merupakan penggerak utama di bahagian gerai promo kami. Jangan tak tahu, semangat Kak Izah nie bila bercakap tentang produk halal HPA mengalahkan wartawan berita utama TV3... Hehe..... Kalau tak kerana 'ayat power dan memukau' dari mulut petah Kak Izah nie, takkan mungkin aku bersama HPA sekarang (dengan hidayah-Nya jua....)

Sambutan warga SMK.Seri Bemban...??
85% berjaya (ini pandangan peribadi aku...)
Baki 15% lagi...?? 5% tak dapat aku berikan sebagai penilaian, kerana mungkin tapak gerai promo kami ini bukan di lokasi yang jadi tumpuan semua guru dan pelajar, 5% lagi kerana masa yang singkat antara waktu P&P dan peluang untuk kunjungan ke gerai promo kami oleh warga sekolah agak terbatas dan 5% terakhir kerana tidak semua guru dan pelajar berpeluang mengikuti ceramah PJ Abd.Halim akibat ruang dewan terlalu kecil (hanya mampu menampung lebih kurang 100 orang sahaja.)

Walaupun demikian, diharapkan agar semua guru dan pelajar di SMK.Seri Bemban yang berpeluang bersama kami sepanjang tempoh singkat kami di sana semalam, memanfaatkan sebaik mungkin penerangan tentang produk halal khususnya dari keluaran HPA Marketing sebagai medium berfikir seterusnya membuat pilihan terbaik dalam urusan seharian (terutama berkaitan makanan, minuman, ubat-ubatan serta keperluan isi rumahtangga.)
Dan macam biasa, aku kongsikan bersama beberapa photo sepanjang aktiviti berkenaan (gambar aku takde sebab aku kan pemalu, cuma ambil gambar untuk u all jerr..... hahaha..)

Terima Kasih HPA !!!
Terima Kasih Warga SMK Seri Bemban !!!
Layaaaan............

Ucapan 'Selamat Datang' seolah-olah menghargai kehadiran kami hari berkenaan


Banner hari sambutan


Koperasi sekolah yang terletak betul-betul berhadapan dengan kaunter promo kami


Kak Izah sedang memberi penerangan kepada salah seorang guru tentang produk pameran


Kaunter promo kami yang 'menyajikan hidangan' produk halal


Antara suasana hari tersebut


Kelihatan PJ bersama pengacara majlis ketika slot ceramah sebelah petang


Ceramah disampaikan PJ Abd.Halim Said



Para pelajar sedang mendengar info dari slot ceramah sebagai acara terakhir

MADULIA: PENAWAR BATUK (BHG.2)

Mungkin agak terlewat untuk aku paparkan bahagian kedua topik nie... Tapi janji tetap janji. Tentang madulia yang aku ambil untuk hilangkan batuk tempoh hari. Sebenarnya 'keputusan' terhadap kesan pengambilan 'ubat batuk' HPA tu telah pun aku ketahui selepas hanya 2 hari dari tarikh topik bahagian pertama tu... Hanya masa nak duduk depan PC nie untuk coret cacatan yang kurang berkesempatan... Jangan marah yer...

Ok aku tak de niat langsung nak bagi suspen kat korang semua...
Diumumkan bahawa, setelah madulia dipilih sebagai penawar pilihan bagi batuk yang aku hadapi bebarapa hari lepas, peratus penyembuhan yang direkodkan ialah.... 90% sembuh !!!

Hehe... kenapa pulak tak 100% yer??!! Kalau korang nak tahu, aku nie jenis ingat ubat bila waktu sakit jer... Bila rasa dah ok sikit, ubat aku tolak tepi... Tapi serius aku katakan bahawa madulia keluaran HPA benar2 berkesan (dengan izin-Nya juga). Sememangnya lepas dua hari aku ambil madulia, perbezaan ketara aku rasakan. Tekak aku tak gatal & batuk aku hilang perlahan-lahan. Terutama waktu malam, aku mula dapat nikmat tidur aku kembali. Apa yang hebat?? Hebatnya kerana hanya 2 hari sahaja...!!! Kalau sebelum nie, aku minum ubat batuk, seminggu belum tentu pulih. Apatah lagi aku jenis yang cepat rasa khayal kalau ambil ubat batuk dari klinik tu...

Sekarang batuk aku sembuh (alhamdulillah) dan masalah khayal (macam mat gian kena *****) dah tak timbul... Aku bebas untuk dapatkan penawar yang halal, barokah lagi mujarab (insyAllah) dengan adanya Madulia keluaran HPA !!!

Kepada korang yang masih batuk2 diluar sana, cepatlah dapatkan segera. Apa yang aku paparkan ini akan dapat korang rasakan. Bukan untuk aku, bukan untuk HPA, tapi untuk korang jugak...

"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

p/s: Lepas Gempur Radix, Kita Gempur Madulia pulakk !!!
Bak kata En.Halim yang ciplak ayat dalam TV tu: "....berbaloi-baloi"
Jangan marah yer.....

MADULIA: PENAWAR BATUK (BHG.1)

Disebabkan keadaan cuaca yang tak menentu sejak kebelakangan ni, aku kena batuk-batuk dan badan rasa nak demam terutama waktu malam. Dulu (sebelum joint HPA) aku pasti akan ambil panadol dan ubat batuk dari klinik. Tapi sekarang semua tu dah tak berlaku lagi. Untuk demam, aku kini ikut seperti yang dinasihatkan sewaktu mengikuti Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) HPA dulu. Ya, Kopi Radix pilihan untuk merawat demam !!! Caranya?? Bancuh 2-3 sachets kopi radix dan minum... Dulu aku hanya mendengar, tapi sekarang aku praktikkan dan ternyata berkesan...!! Ingat, aku tak dibayar oleh pihak HPA untuk tulisan aku kali ini tapi apa yang aku coretkan adalah sekadar perkongsian pengalaman untuk semua... Tak cuba kita tak tahu.

Ok ok, itu hal demam... Lepas aku terselamat dari demam itu, aku kena batuk-batuk yang agak teruk. Waktu malam lebih teruk sebab keadaan sejuk, tak boleh nak tidur lena. Empat lima hari aku cuba bertahan sebab biasa jugak aku kena batuk ni. Tak ambil ubat batuk pun boleh baik. Tapi takde sebarang perubahan... Aku teringat tentang satu lagi produk HPA yang agak baru diperkenalkan: MADULIA yang dikatakan sesuai untuk merawat batuk dan kahak.


Aku ambil keputusan untuk ke Pusat Agensi di Air Merbau untuk mendapatkannya petang semalam. Madulia dihasilkan daripada sinergi (gabungan) madu, halia, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Hanya RM8.00 dan 2NM untuk ahli (RM10.00 untuk yang bukan ahli) aku mencuba produk ini. Tunggu post aku untuk tahu kesannya pada Part.2 nanti...

Semoga produk ini berjaya hilangkan batuk aku sekarang... InsyAllah
"Semua produk ini hanya sebagai landasan usaha namun yang pasti, ALLAH SWT berkuasa untuk menyembuhkan kerana semuanya dari DIA"

ANCAMAN IFC KEPADA ISLAM

Apa itu Inter Faith Commission (IFC) ??
SURUHANJAYA ANTARA KEPERCAYAAN

Dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama. IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.

MATLAMAT PENUBUHAN IFC

IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.

Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

ANCAMAN UTAMA -IFC- TERHADAP ISLAM

1. Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.

2. Menjadikan undang-undang Allah perlu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.

3. Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.

4. Orang-orang Islam bebas untuk murtad.

5. IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.

Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campur tangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara.

KELAS MINGGUAN DI PUSAT AGENSI

Alhamdulillah... Pada 23 Mei 2009-Jumaat, aku bersama dengan isteriku telah berjaya menghadirkan diri ke Program Kelas Mingguan HPA di Pusat Agensi milik PJS Abd.Halim Said, Taman Asean, Jasin. Kelas kali dan minggu ketiga ini berjalan seperti dijadualkan. Biarpun untuk dua minggu yang lalu aku dihimpit kekangan tugas, rasanya belum jauh aku ketinggalan untuknya bermula minggu ini.Sesampainya aku dan isteri, agak suram kerana yang ada di sana ketika itu hanya En.Halim dan isteri beliau serta anak-anaknya (pastinya juga bersama baby cute, cahaya mata ke-8...) Sempat juga isteriku untuk memangku si kecil tu... Sekejap jer. Menangis pulak daa.... hehe....

Lebih kurang jam 9.20 malam, aku mula ke kelas di tingkat atas PA dan mengambil tempat duduk bersama isteriku. Pada awal fikiranku, silap2 hanya kami berdua saja yang hadir kelas malam ni... Tapi salah. Mereka yang hadir lebih kurang 7 atau 8 orang (tak termasuk anak2) mula datang menjengah dan mengambil tempat duduk masing2 sebaik sahaja kalam mula bicara oleh En.Halim berlangsung....



Kelas malam ini membentangkan 2 topik: Pertama, pengenalan syarikat dan Kedua, strategi menjadi usahawan berjaya dengan Gerakerja 6M. Biarpun tiada catatan nota yang aku ambil, yang pastinya semua yang disampaikan berguna dan pastinya mengembalikan ingatan aku kepada PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang) yang disertai beberapa bulan lalu (sayang tak ada nyanyian nasyid beramai2....) Kelas tamat pada lebih kurang jam 11.15 malam....

Kepada ahli sekitar daerah Jasin, jangan lepaskan peluang ini kerana aku pasti kelas ini akan menjadi lebih menarik untuk minggu2 akan datang jika lebih ramai yang hadir beri sokongan...Selamat Maju Jaya !!!

"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

GARIS PANDUAN: UBAT TIDAK HALAL @ PORCINE

Sejak akhir2 ini terlalu banyak isu berkaitan halal & haram yang dipaparkan di media massa, baik dalam isu makanan, minuman, produk kecantikan, pakaian, alat keperluan dan tidak ketinggalan juga yang ada kaitan dengan ubat-ubatan (medic).Menurut satu kenyataan yang aku baca di dalam majalah Al-Islam (edisi: Feb'2009), oleh Prof.Dr.Abu Bakar Abdul Majeed,Dekan Fakulti Farmasi (UiTM Shah Alam) memang terdapat unsur babi yang digunakan dalam bidang farmaseutikal. Unsur ini digunakan dalam sesetengah jenis vaksin. Ada sesetengah jenis ubat memang berasal daripada tisu babi termasuk bahan kimia seperti hormon dan protien2 tertentu.

"Bahan-bahan yang bersumberkan babi ini dikenali sebagai porcine", katanya....

Setelah aku lanjutkan pembacaan aku hingga akhir. Dihujung topik berkenaan, disediakan juga garis panduan penggunaan ubat tidak halal (porcine) ini seperti berikut:
Garis panduan ini diterima oleh:
Jawatankuasa Penasihat Ubat-Ubatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).Keperluan berikut mestilah dipenuhi sebelum ubat-ubat daripada sumber bukan halal ini digunakan.

Kepada para pesakit, anda tidak perlu bimbang kerana setiap ubat dari jenis porcine ini terdapat label diluarnya. jadi anda boleh memilih sama ada menggunakannya atau tidak dan jika keadaan mendesak, garis panduan berikut boleh dijadikan sebagai rujukan...

1. TIDAK TERDAPAT LANGSUNG UBAT DARI SUMBER HALAL YANG BOLEH DIGUNAKAN DAN UBAT TERSEBUT MESTILAH DIBUKTIKAN SECARA KLINIKAL SEBAGAI UBAT PILIHAN BAGI RAWATAN PENYAKIT PESAKIT

2. RAWATAN DENGAN MENGGUNAKAN UBAT INI ADALAH KRITIKAL TERHADAP PENJAGAAN KESELAMATAN PESAKIT SAMA ADA PETUNJUK KELAS I ATAU KELAS II
3. KEBENARAN MEMPRESKRIPSI UBAT INI TERHAD KEPADA DOKTOR YANG BERAGAMA ISLAM YANG FAHAM UNDANG-UNDANG ISLAM. SEORANG DOKTOR BUKAN ISLAM PERLU MERUJUK KEPADA DOKTOR YANG BERAGAMA ISLAM TENTANG PENGGUNAAN UBAT INI ATAU; DOKTOR YANG MERAWAT BOLEH MERUJUK KEPADA KES-KES TERDAHULU YANG MELIBATKAN PENGGUNAAN UBAT TERSEBUT SEBELUM DIBERIKAN KEPADA PESAKIT YANG BERAGAMA ISLAM

4. PESAKIT DAN WARIS WAJIB DIBERI PENJELASAN YANG SEBENAR TENTANG PENGGUNAAN UBAT INI OLEH DOKTOR YANG MELAKUKAN RAWATAN. PERSETUJUAN PESAKIT ATAU WARIS ADALAH SATU KEPERLUAN TANPA KOMPROMI. JIKA PERLU, BORANG PERSETUJUAN MESTI DIISI DAN DIMASUKKAN KE DALAM REKOD PESAKIT.

5. UBAT INI HANYA DIGUNAKAN BAGI TEMPOH MASA TERTENTU SAHAJA DAN BUKAN SECARA BERTERUSAN SEPERTI YANG DISARANKAN OLEH DOKTOR YANG MERAWAT

6. DALAM KES KECEMASAN YANG MELIBATKAN KESELAMATAN NYAWA PESAKIT, JIKA PENGLIBATAN UBAT INI TERPAKSA DIGUNAKAN, DOKTOR TIDAK PERLU MENDAPATKAN PERSETUJUAN DARIPADA PESAKIT ATAU WARIS

Diharapkan garis panduan ini dapat membantu anda semua dalam membuat pilihan terbaik seandainya anda atau keluarga anda terpaksa melalui situasi yang berhadapan dengan penggunaan ubat jenis (porcine) ini. Pilihan di tangan anda. Jadilah manusia yang berfikir kerana bijak pandai telah menggunakan ilmu untuk membantu... Anda tahu yang terbaik, kerana yang baik itu akan menjadi pilihan dan jalan anda sendiri, bukan mereka....