
Menurut Pegawai Pemakanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bencana seperti peperangan, kemarau, ketidakstabilan politik, harga makanan yang tinggi dan kemiskinan menyebabkan nisbah kebuluran kini berada pada tahap enam nisbah satu (6:1), sesuatu yang cukup membimbangkan.
“Tiada negara yang terkecuali daripada krisis kelaparan ini,” kata Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB, Jacques Diou, pada 20 Julai 2009 yang lalu.
Menurut FAO, angka kelaparan dianggarkan telah meningkat mencecah 1.02 bilion iaitu meningkat sebanyak 11 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 915 juta. Sementara itu, Josette Sheeran daripada Program Makanan Sedunia yang juga agensi makanan PBB berpangkalan di Rom berkata, rusuhan akibat krisis kelaparan berlaku sekurang-kurangnya di 30 negara pada tahun lalu.
Dunia yang menghadapi krisis kelaparan adalah dunia yang merbahaya. Tanpa makanan, manusia hanya mempunyai tiga pilihan iaitu merusuh, berhijrah atau mati. Ketiga-tiga pilihan yang tidak boleh diterima sama sekali sebagai langkah penyelesaian terbaik bagi menangani isu kebuluran ini.
Selain itu, angka mereka yang kelaparan juga berkembang lebih cepat daripada pertambahan penduduk dunia. Kebanyakan negara yang kekurangan makan adalah negara membangun.
Sehubungan itu, kita sebagai RAKYAT MALAYSIA, haruslah bersyukur kerana kita masih lagi boleh menatap sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam dengan aman tanpa kebuluran. Betapa ramainya rakan kita di luar sana yang begitu mengharapkan sesuap nasi untuk mengisi perut mereka yang kelaparan.
Oleh yang demikian, aku menyeru diri aku sendiri serta semua antara kita agar mengambil kesempatan akan keberangkatan tiba Ramadhan musim ini yang bakal tiba lebih kurang sebulan sahaja lagi, untuk menjadikan 'lapar' berpuasa nanti sebagai satu intipati untuk terus merenung betapa beruntungnya aku dan kita semua menjadi rakyat di bumi Malaysia ini. Biarpun politiknya kadangkala 'gila', sungguhpun sumber makanan di pasaraya nya yang membimbangkan pengguna muslim, namun kita tidak kelaparan dan kita ada alternatifnya. Sekali lagi, tepuk dada tanya iman. Kemahuan dunia bakal membawa kita ke jurang keburukan jika salah penilaian dan pertimbangan itu terletak di kotak fikir anda semua. Timbang-timbangkan, tapi jangan guna dacing karat biru... (gurau yang serius)
p/s: TAHNIAH untuk PAS atas kemenangan di Manek Urai 14 Julai lalu. Biarpun angka 65 itu pada mata kasarnya kecil, ertinya tetap besar kerana kemenangan itu tidak disulami rasuah jambatan yang akhirnya runtuh sebelum tiba saat waktu untuk melintas.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan