IM MALAYSIA BLOGGER

EDITOR JEJAK 87

Foto saya
Jasin, Melaka, Malaysia
Mohd Farid bin Baharudin @ Deejay Wid. Anak tunggal yang lahir pada 28 Februari 1987 di Melaka. Bekas pelajar Sek.Keb.Selandar, Sek.Men.Keb.Selandar, Sek.Men.Keb.Telok Mas dan Institut Perguruan Ipoh Perak. Mewakili negara ke Jepun pada tahun 2000. Pelatih PLKN Kump.2-Siri 2 tahun 2005. Anggota Perguruan Seni Silat Gerak Insan Seni sejak 2002. Bersama perjuangan HPA dengan no.keahlian 470711.MY01 berpangkat Pengurus Melati PLX. Berumahtangga pada 3 November 2007 dan menjadi bapa pada 28 November 2008. Berpengalaman menjadi juruacara dan terlibat dengan tugas sebagai seorang DJ sejak tahun 2001. Kini bertugas di salah sebuah konty terbuka di Melaka secara sepenuh masa. Pendokong perjuangan Pakatan Rakyat dari PKR.

KOMUNITI JEJAK 87

17 September 2009

LAGI KALIMAH ALLAH DALAM KOPI RADIX

Tiada yang mustahil jika Allah yang berkehendak...

27 Ramadhan 1430 Hijrah.....
Aku minta isteri aku membancuhkan kopi radix untuk diminum ketika berbuka puasa hari ini. Namun kopi radix tersebut tak aku minum sehinggalah aku pulang dari terawih malam tersebut...

"Mana kopi radix tadi? Dah masuk dalam peti sejuk ker?", aku menyoal ketika pulang dari terawih.

"Ada bawah tudung saji...", jawab isteriku.

Alangkah terkejutnya aku ketika aku membuka tudung saji tersebut dan mata aku terus terpaku pada 'ukiran' kalimah ALLAH yang muncul dipermukaan kopi radix bancuhan isteriku. 'Terukir' oleh buih-buih di atasnya... Amat jelas !!

Menjerit aku memanggil isteri dan ayahku ke dapur. Mereka berdua juga turut mengakui bahawa yang aku lihat bukan khayalan di mata aku sahaja. Mereka juga melihat perkara dan kalimah yang sama. Subhanallah...!!!

Aku tak lepaskan peluang untuk merakamkannya melalui kamera handphone... Aku akui mungkin yang aku temui ini tak sejelas kalimah yang muncul di Seremban beberapa bulan lalu (seperti yang dipaparkan di blog PJM Hafidzan), namun aku tetap yakin bahawa kalimah tersebut mengukir perkataan ALLAH...

Sememangnya aku pernah berkata dalam hati yang aku ingin sangat melalui peristiwa seperti yang dilalui oleh saudara kita di Seremban tempoh hari. Akhirnya tuhan membuktikan bahawa tiada yang mustahil jika yang demikian itu mampu membuktikan kekuasaan-Nya... Aku harap semua ahli perjuangan HPA terus yakin dengan keberkatan produk halal kita. Kepada yang masih ragu-ragu, kami telah diperlihatkan bukti kekuasaan-Nya dalam produk kami, tidak yakinkah lagi untuk itu??






Itulah beberapa gambar yang sempat aku rakamkan melalui pelbagai jenis mode untuk lebih jelas dilihat akan kemunculan kalimah ALLAH dalam kopi radix bancuhan isteriku tersebut. Adakah dalam bulan Ramadhan ini DIA ingin memperlihatkan tentang keberkatan dalam usaha menegakkan dakwah produk halal ini?? Atau yang terjadi itu sebagai memenuhi detik hatiku untuk mengalami sendiri peristiwa seperti yang dialami oleh sahabat di Seremban tempoh hari??
Hanya DIA mengetahui..... Wallahualam

16 September 2009

QIAMULAIL 27 RAMADHAN DI MASJID SELANDAR

Syukur alhamdulillah ke hadrad Ilahi Rabbul A'lamin... Selawat serta salam buat junjungan Baginda SAW...
Bertempat di Masjid Selandar, Jasin telah berlangsungnya majlis qiamulail malam semalam (27 Ramadhan 1430 Hijrah) dibawah pimpinan Ustaz Hj.Mohd Nazri bin Hj.Zainal Al-Hafiz dari Madrasah Madinatul Qur'aniah, Asahan, Ledang, Johor.

Program yang dimulakan dengan zikir munajat lebih kurang jam 3.30 pagi, dipenuhi dengan ibadah solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat dan solat sunat hajat itu berjalan dalam suasana sungguh hening dengan dihadiri lebih kurang 60 orang jemaah.

Selesai ibadah qiam tersebut, semua jemaah dihidangkan dengan sahur berramai-ramai. (Aku tak turut serta dalam sahur tersebut kerana pulang ke rumah untuk sahur bersama ibu dan isteriku).

Perjalan majlis, diteruskan dengan solat subuh berjemaah dan kuliah subuh oleh Ustaz Hj.Mohd Nazri. Antara intipati yang disampaikan dan sempat kukongsikan bersama ialah:

1. Kita digalakkan untuk beribadah bagi memburu Lailatulqadar bukan sekadar pada malam-malam witir (ganjil) sahaja, sebaliknya ibadah perlu di'mantain' sepanjang saki baki Ramadhan dan berlanjutan sepanjang masa.
2. Malam Aidilfitri adalah antara malam-malam yang dijanjikan oleh Allah SWT sebagai antara malam yang mustajab bagi kita berdoa (selain dari malam nisfu syaaban, malam 1 muharram, malam lailatulqadar dan beberapa malam lain).
3. Jemaah dipesan untuk tak meninggalkan malam raya untuk berdoa sebanyak mungkin, kerana malam tersebut sering menjadi malam paling sibuk bagi kita untuk melakukan persiapan akhir menjelang raya esoknya.

Majlis ditamatkan lebih kurang jam 7.00 pagi dan al-ustaz sempat memaklumkan bahawa ada sebuah buku yang ditulis sendiri oleh beliau untuk dibeli sambil menderma kepada Madrasah pimpinannya. Buku '5 KEISTIMEWAAN RAMADHAN DAN AMALAN LAILATUL QADAR' dijual dengan harga RM10.00 sahaja, dan aku antara yang telah mendapatkannya.



Semoga ibadah kami dan kalian semua sepanjang Ramadhan ini diterima oleh Allah SWT.
Amin~~~

14 September 2009

KE TANAH PERKUBURAN DAN LOKASI KEMALANGAN

Alhamdulillah... Urusan pengkebumian jenazah allahyarham Mohd Hafizuddin @ Edin selesai lebih kurang jam 1.15 petang semalam. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 6 1/2, Kampung Bukit Rambai, Melaka selepas proses 'post-mortem', mandi dan kafan di Hospital Besar Melaka serta solat jenazah di rumah datuk beliau di kampung berkenaan. Aku hanya sempat menantikan ketibaan jenazah di kawasan tanah perkuburan setelah niat untuk ke rumah mayat Hospital Melaka terpaksa dilupakan kerana jangkaan jenazah beliau akan diuruskan lebih lama nyata meleset...



Jenazah yang tiba dengan diiringi lebih kurang 40 orang ahli keluarga dan penduduk setempat lebih kurang jam 12.40 tengahari. Mata aku liar mencari kelibat bapa beliau, abang Yus. Sebaik aku melihat beliau melangkah masuk ke kawasan berkenaan, aku rapati beliau dan aku dipeluk erat oleh abang Yus...

"Abang dah takde sesiapa lagi Wid... Abang tak sangka dia pergi, malam tadi dia ada dengan abang, tapi malam nanti dia dah takde...", kata-kata abang Yus ketika aku masih dipeluk erat diiring titisan airmata. Aku hanya mampu minta dia bersabar dan katakan bahawa Allah lebih sayangkan Edin...

Talqin dibacakan dan upacara akhir untuk allahyarham itu pun selesai...

Aku dan beberapa teman lain (Ismail, Mahir, Razlan dan Razis) singgah di rumah datuk arwah seketika dan bergerak pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, aku, Ismail, Mahir dan Razlan bercadang untuk singgah di lokasi kemalangan, bertempat di kawasan antara Lanjut Manis dan Kampung Tanah Merah, Krubung.

Dan untuk seketika, lanser aku mengarah ke beberapa kesan kejadian yang menimpa allahyarham lewat pagi semalam...
( Aku tak berniat untuk bercerita penuh tentang kejadian ini, hanya sekadar mengabadikan kenangan bersama dengan allahyarham dan gambar-gambar ini mungkin dapat memberikan sedikit kesedaran kepada kita agar lebih berwaspada di jalanraya yang tak pernah kenal akan pengguna di atasnya )














...moga allahyarham tenang di sisi-Nya

13 September 2009

EDIN PERGI SELAMANYA.....

"Dari Engkau kami datang, kepada Engkau kami bakal kembali"

24 Ramadhan 1430 Hijrah...
Seolah-olah mimpi akan berita yang aku terima jam 7.30 pagi tadi. Panggilan daripada Kak Salmah (isteri Abang Yus-pemilik Warisan Klasik) tempat aku bekerja.

"Wid... kita kena tutup kedai mulai malam ni. Lepas raya pun belum tahu mula niaga bila, nanti kita bincang kemudian", kata Kak Salmah dihujung talian.

"Kenapa??", soalku agak terkejut.

"Dak Edin meninggal...".

Aku bingkas bangun dari tempat duduk seakan tak percaya dan minta kepastian...

Edin atau Mohd Faizzudin b. Mohd Yusni, merupakan anak tunggal Abang Yus. Pemergiannya secara mengejut akibat kemalangan jalanraya di Kampung Tanah Merah, Krubung sungguh menyedihkan. Aku terus terbayang akan wajah arwah yang meminta izin untuk keluar lebih kurang jam 2.30 pagi sebaik selesai operasi niaga kami di Warisan Klasik, Parit Melana (beberapa jam sebelum arwah pergi buat selamanya dalam usia 15 tahun).

Semoga roh allahyarham di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman ditambah pula pemergiannya dalam bulan yang penuh kerahmatan ini... Amin~~

.....::: AL-FATIHAH :::.....


__________________________##*##__________________________

PERUBAHAN CUTI D' NILA.FM ATAS PEMERGIAN ALLAHYARHAM

Bermula: 14 SEPTEMBER 2009 - ISNIN
Sehingga ke satu tarikh yang bakal diberitahu kemudian.

ZAKAT FITRAH SATU KEWAJIPAN

Syukur kehadrat Ilahi atas nikmat umur, Islam, iman, Ramadhan dan segalanya buat diri ini. Masih lagi aku diberikan kesempatan masa untuk meneruskan coretan di ruang maya ini. Ramadhan makin hampir untuk melambai pergi... Ibadah puasa bagi tahun ini bakal sempurna dan tarikh melihat anak bulan Syawal pun dah ditetapkan pada malam 19 September (Sabtu) ini.

Masing-masing nampaknya sibuk dengan urusan menghias rumah. Masjid dan surau mula berkurangan bilangan saf terawih. Taman Cempaka di depan TESCO Melaka makin sesak khabarnya. Rumah kediaman makin banyak diterangi nyalaan pelita. Bunyi letupan mercun yang telah jadi larangan pihak berkuasa kian gamat di sana sini... Pasaraya kian rancak dengan promosi.

Aku tak peduli tentang itu... Cuma satu persoalan untuk semua, adakah dalam keghairahan lebaran yang bakal disambut minggu depan itu, tanggungjawab bagi mereka yang bergelar ketua keluarga atau waris-waris yang bertanggungjawab bagi rukun Islam keempat telah terlaksana??

Ya... Zakat fitrah...


Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun kedua aku melaksanakannya setelah mendirikan rumahtangga sejak dua tahun yang lalu. Selepas solat subuh pagi ini, tanggungjawab aku dilunaskan. Dibayar kepada Tuan Imam 1 Masjid Selandar, Cikgu Jamal bagi 3 nama: Aku, isteri dan anakku...

Bukan sengaja aku buat entri ini untuk beritahu pada semua yang aku dah bayar zakat, apatah lagi untuk menunjuk-nunjuk (nau'zubillah)... Sebaliknya, aku nak mengajak semua teman-teman yang ada tanggungjawab ini untuk melaksanakannya secepat mungkin. Seperti yang aku katakan, setelah dua kali aku melakukannya atas dasar kewajipan, terasa hati lapang dan tenang yang benar-benar hebat !!! Subhanallah-Maha Suci Allah...

Demikianlah kuasa dan kebesaran Allah... Apabila sesuatu yang diperintahkan-Nya kita laksanakan dengan sempurna, maka Allah memberikan kita ketenangan jiwa. Tiada lagi rasa bersalah, tiada lagi rasa bahu seolah-olah dibebani oleh sesuatu yang belum selesai dan gembira dalam hati seolah-olah buat aku tersenyum sendiri...

Namun, aku masih terfikir mengapa masih ramai yang tak mahu mengeluarkan zakat fitrah?? Nak katakan kadarnya membebankan, jauh sekali... Tak percaya? Anda semaklah sendiri ikut negeri masing-masing...


Marilah semua saudaraku, tunaikanlah tanggungjawab anda. Masih ada masa lebih kurang seminggu lagi sebelum solat sunat Aidilfitri tahun ini ditunaikan. Ingat, jika terlewat (bayar selepas solat sunat hari raya) maka itu tidak lagi dikira sebagai zakat sebaliknya hanyalah sekadar sedekah biasa...

Jika ada juga yang rasa terbeban, fikirlah jawapan untuk anda berikan pada Allah ketika di mahsyar nanti:
"Mengapa kau tidak mengeluarkan zakat sedangkan kau berkewajipan?"

Jika anda ada jawapan untuk itu, tak mengapalah... Moga hidayah Allah sampai ke hati mereka yang sedemikian. Amin~~

Bersihkan puasa anda semua dari perkataan yang tidak baik dengan berzakat, dan bersihkan harta anda dengan berzakat... Jangan terlewat.


Moga ibadah dan kefardhuan ini diterima Allah. Amin~~

12 September 2009

CUTI RAYA D' NILA.FM


D'Nila.fm akan mula bercuti bagi
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009
pada ketentuan berikut:

16 September 2009-Rabu
( Bersamaan 26 Ramadhan 1430 Hijrah )


Akan dibuka semula pada:

25 September 2009-Jumaat
( Bersamaan 06 Syawal 1430 Hijrah )
* sekiranya 01 Syawal jatuh pada 20 Sept.

.....::: - Harap Maklum - :::.....

08 September 2009

SUMAYYAH... KISAH DARAH YANG MENGALIR


Kafilah dari Yaman itu sudah seharian berjalan merentasi padang pasir untuk ke Mekah. Banyak barang dagangan yang dibawa untuk urusan niaga di Kaabah yang terkenal. Tiga beradik dari Bani Qahtan, al-Haris, Malik dan Yasir turut berada dalam kafilah tersebut. Mereka tiada niat untuk berdagang tetapi mahu mencari seorang saudara yang hilang. Jauh di sudut hati mereka berharap untuk bertemu saudara yang hilang itu di Mekah kerana kota itu terkenal sebagai tempat pertemuan semua kaum Arab.

Kedatangan kafilah dagang itu disambut meriah oleh penduduk Quraisy Mekah. Tiga beradik itu pun berpisah dari kafilah. Mereka meneroka seluruh kota Mekah untuk mencari saudara yang hilang. Yasir yang tajam pengamatan terpesona dengan kemakmuran Mekah. Saudara yang dicari tidak ditemui, sebaliknya dia mengambil keputusan untuk menetap di sana. Berpisahlah anak muda itu daripada dua orang saudaranya apabila mereka mengambil keputusan untuk balik semula ke Yaman.

Yasir sebatang kara di Mekah. Corak masyarakat Mekah yang mengamalkan gaya hidup kesukuan begitu mencabar bagi anak dagang sepertinya. Di Tanah Arab ketika itu, hanya yang kuat mendapat tempat dan yang miskin akan dihambai. Yasir terpaksa meminta perlindungan daripada suku Bani Makhzum dan hidup di bawah naungan orang kaya, Abu Huzaifah al-Mughirah.

Lama hidup bertuankan Abu Huzaifah, Yasir dikahwinkan dengan seorang hamba perempuan milik tuannya itu, bernama Sumayyah Khayyat. Pasangan ini hidup bahagia dan beroleh dua cahaya mata lelaki, Ammar dan Ubaidillah. Masa berlalu. Usia anak-anak menginjak dewasa. Pasangan Yasir dan Sumayyah juga semakin tua.

Ketika inilah Islam menampakkan sinar di kota Mekah. Agama yang dibawa oleh al-Amin Muhammad s.a.w ini menarik perhatian seluruh isi kota. Bagi masyarakat bangsawan Quraisy yang menyembah Lata dan Uzza (nama berhala sembahan), kemunculan agama baru adalah pengkhianatan kepada tradisi nenek moyang. Namun bagi masyarakat kelas bawahan, Islam adalah dimensi baru bagi mereka kerana agama itu antaranya, menyeru kepada mengesakan Yang Satu dan menolak perbezaan kelas.

Ammar antara orang yang tertarik kepada ajaran itu. Dia mengumpul banyak pemikiran baru mengenai agama yang menjadi bualan ramai di kota. Perasaan ingin tahu menarik pemuda itu ke rumah al-Arqam, yang menjadi markas Rasulullah menyampaikan dakwah. Dia mengetepikan rasa bimbang jika langkahnya dijejaki oleh orang Quraisy. Ajaran Rasulullah benar-benar berkesan dan sebaik-baik melangkah keluar dari rumah al-Arqam, Ammar sudah menjadi seorang muslim!

Pemuda itu kembali ke rumah dengan dada lapang. Dia menceritakan kepada ibu bapanya mengenai pengalaman hebatnya itu. Dia berdakwah pula kepada mereka mengenai erti Islam dan mengajak orang tua itu mengikut jejak langkahnya. Akhirnya Yasir dan Sumayyah bersetuju dan kedua-duanya memeluk Islam.

Bermulalah lembaran baru dalam hidup Yasir dan Sumayyah. Sumayyah adalah orang ketujuh yang memeluk Islam. Berada dalam naungan Islam, dia merasakan kelazatan iman dan kekuatan pegangan. Mereka sekeluarga sedar risiko jika hal itu diketahui oleh suku Bani Makhzum. Tetapi mereka tidak takut, sebaliknya terang-terangan mengumumkan pengislaman mereka.

Suku Bani Makhzum menerima berita itu dengan perasaan terperanjat dan marah. Sumayyah sekeluarga ditangkap dan diseksa. Mereka dijemur di padang pasir yang panas menyengat. Sumayyah diletakkan batu besar di dadanya. Dia dipaksa supaya keluar dari Islam dengan segera. Tetapi wanita itu tidak berganjak daripada keputusannya. Sebaliknya bibirnya teguh melafazkan kata-kata, “ahad, ahad, ahad...” (bermaksud Allah Yang Satu).

Rasulullah sendiri pernah melintasi tempat Sumayyah sekeluarga diseksa. Baginda begitu bersimpati. Ramai juga kalangan orang kota yang bersimpati tetapi mereka tidak berani berbuat apa-apa kerana sudah diancam oleh suku Bani Makhzum. Tetapi Rasulullah selalu meniupkan semangat Sumayyah sekeluarga dengan berkata, “Bersabarlah wahai keluarga Yasir. Sesungguhnya janji kamu nanti adalah di syurga.”

Sumayyah mendengar seruan Rasulullah. Imannya semakin kuat dan yakin. Kewibawaannya terserlah. Dengan yakin dia membalas, “Aku bersaksi bahawa engkau adalah pesuruh Allah dan aku bersaksi bahawa janjimu benar.”

Namun Sumayyah hanya seorang wanita. Dalam usianya yang semakin lanjut, kekuatan tubuhnya tidak sekuat mana. Bagaimanapun ketabahannya untuk terus bertahan di tengah panas itu mengagumkan ramai orang. Sekali gus hal ini mencabar kesombongan suku Bani Makhzum. Menjadikan mereka lebih sakit hati dan benci.

Abu Jahal datang menunjukkan wajah angkuhnya di hadapan Sumayyah. Wanita tua itu dipujuk supaya menyerah kalah. Tetapi Sumayyah walaupun dalam tubuh yang tidak bermaya enggan berganjak daripada keputusannya. “Ahad, ahad, ahad...” kalimah itu terus meniti di bibir Sumayyah.

Ungkapan itu melukakan ego Abu Jahal dan menaikkan keberangannya. Dia hilang sabar lalu mencabut pedang bengkoknya dan menikam bahagian pangkal hati Sumayyah. Di situ juga Sumayyah terkorban. Dia menjadi orang pertama yang mati syahid pada zaman sebelum hijrah ketika agama Islam belum mendapat tempat di kalangan masyarakat Mekah. Selain itu, suaminya Yasir juga terkorban.

Penderitaan Sumayyah dikenang seluruh masyarakat Islam. Dia dianggap simbol pengorbanan orang Islam yang tidak gentar kepada ugutan dan kematian kerana menegakkan Islam. Hari demi hari, Islam semakin diterima ramai. Penghijrahan orang Islam ke Yathrib (Madinah) membuka era baru dalam dakwah Rasulullah. Umat Islam semakin kuat dan dalam Perang Badar, pembunuh Sumayyah iaitu Abu Jahal menemui maut. Rasulullah menemui Ammar dan berkata kepada anak muda itu, “Allah telah membunuh si pembunuh ibumu...” Ammar sebak tetapi dia tahu ibunya pasti selamat di syurga.

************************************

Tajuk: Sumayyah
Album: Jalan Bahagia
Kumpulan: Hijjaz


Dalam diri selembut sutra
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama diri-mu bak lentra
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasad-mu milik tuan Tetapi hati-mu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagi-mu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam Jasad-mu yang tiada bermaya
Namun iman didada-mu sedikit tidak berubah

Darah-Mu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik Sebaik manusia
Nama-mu tetap menjadi sejarah

KENTANG GORENG TEPUNG RFC

Salam sejahtera...
Hari ni dah masuk hari ke-19 kita berpuasa. 10 hari di fasa ke-2 yang dijanjikan keampunan dari Allah SWT bakal berakhir. Dan fasa ke-3 (peringkat pelepasan dari api neraka-insyAllah) bakal kita tempuhi. Bagaimana dengan 'pesta ibadah' kita setakat ini? Jangan lupa untuk terus muhasabah diri...

He... He... Hee...
Itu setakat intro jer... Ok kali ni saja nak kongsi cerita dan ajak mencuba. Bagi yang berada di Melaka, kita masih menjadi insan2 yang belum dapat menikmati RFC di restorannya yang sebenar. Hanya disediakan buat kita, ayam organik dan tepung RFC ajer... Jadi untuk menikmati ayam RFC atau segala jenis menu di restoran RFC yang the real, kenalah buat sendiri.

Beberapa hari lepas, aku cuba try satu resepi ringkas: Kentang Goreng Tepung RFC. Apa kata lepas ni u all pulak cuba. Rasanya memang best sebab lebih kurang macam rasa kentang goreng di KFC. Opppsss !!! Itu dulu, tapi sejak jadi ahli HPA, KFC dah terpadam terus dari pilihan hati dan selera tekak aku okey.... BOIKOT KFC !!!

Apa lagi, ambil lah pen dan kertas untuk salin resepi. Kalau tak ambil pen dan kertas pun, sila ambil perhatian. Ha... ha... ha....

Bahan-Bahan:

1. Ubi kentang


2. Tepung goreng RFC


3. Minyak masak

CARA-CARA PENYEDIAAN:

1. Kupas ubi kentang dan basuh bersih dengan air.

2. Belah/potong ubi kentang tersebut mengikut kehendak masing-masing (disarankan agar dipotong nipis agar mudah empuk kerana kita akan gunakan kaedah menggoreng, bukan merebus) Harap maklum.

3. Panaskan kuali anda dengan api yang sederhana kecil agar kentang tak hangus.


4. Sementara itu, ubi kentang yang telah dipotong tadi, dibasuh sekali lagi dengan air dan tuskan. Kemudian gaulkan dengan tepung goreng RFC HPA.



5. Goreng ubi kentang yang telah digaul sebati dengan tepung RFC tadi lebih kurang 3-4 minit ATAU diyakini telah masak dan empuk.


6. Kentang Goreng Tepung RFC sedia untuk dihidangkan (boleh dimakan begitu saja atau makan bersama nasi atau bersama sos-sos keluaran HPA) Ikut suka korang lerr...



'SELAMAT MENCUBA'

05 September 2009

PERANG BADAR... SEJARAH JADI SEMANGAT

...Perang Badar...
Berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah
...bersamaan 15 March 624 Masihi

Teringat kisah ketika Rasulullah SAW bersama para sahabat berjuang untuk menegakkan agama Islam yang pada ketika itu masih baru lagi. Tentera Islam Madinah bertempur dengan tentera Jahiliyyah di medan Badar. Tentera Islam yang hanya berjumlah 313 orang bertempur dengan 1000 orang tentera Quraisy pada bulan Ramadhan. Atas perjuangan mereka yang ikhlas dan bantuan dari Allah SWT, maka kemenangan berpihak kepada tentera Islam.


Moga kisah silam ini menjadi pedoman kepada kita sebagai umat Islam untuk terus berjuang dan tidak mudah mengalah sepertimana yang pernah dilakukan oleh para sahabat suatu ketika dahulu.

Dan.....
Esok genaplah 1428 tahun peristiwa besar tersebut berlalu...
Dan........
Esok juga AKU akan menghadiri satu 'acara' penting sebagai penentu terhadap 'sesuatu' yang belum pasti. Doa telah AKU panjatkan, moga ALLAH maqbulkan...
Amin Ya Allah, amin Ya Rabb...

( biarlah 'acara' dan 'sesuatu' yang aku maksudkan itu menjadi rahsia diri AKU dan keluarga - andainya AKU masih ada untuk terus menulis di ruang maya ini, kita bersua lagi - jika takdir sebaliknya, AKU redha - segala khilaf kupohonkan ampun dari semua - percayalah bahawa perjuangan tak pernah selesai selagi dunia bernyawa )

WaAllahua’lam...

02 September 2009

HALALKAH BABI DI MATA ANDA ?

ARTIKEL INI ADALAH ASLI DARI EDITOR JEJAK 87

Terkilan... Sedih... Keliru... Buntu...
Itulah yang aku rasa setiap kali aku melihat saudara seagama aku masih lagi terus ceria di lorong-lorong pusat membeli-belah mahupun di kedai-kedai kecil sekitar pekan Selandar... Kenapa?? Apa sebabnya??

Terkilan kerana mereka tanpa sedar sedang membayar untuk barangan yang jelas haramnya. Mungkin jelas di mata aku yang telah tahu tapi tak kelihatan di mata mereka yang belum mengetahui...

Sedih kerana Islam dan umatnya diperalat oleh bangsa kuffar dengan jalan paling singkat dan terlalu mudah... Makanan dijadikan medium pihak mereka bagi menjatuhkan Islam secara halus dan senyap.

Keliru kerana adakah mungkin mereka yang aku lihat itu tidak tahu langsung berkaitan yang aku tahu?? Atau mereka telah diberitahu tapi tak mahu ambil pusing kerana bersandar alasan logo halal JAKIM terpamer di bungkusan barangan belian mereka?? Entahlah...

Buntu kerana memikirkan pula sejenak... Sampai bila mereka akan terus diperalat?? Apa yang perlu dilakukan oleh orang yang dah tahu semacam aku untuk menyampaikan maklumat?? Adakah respon yang positif akan diterima jika aku tampil memberitahu seperti ini... "Pakcik, makanan yang pakcik beli ni haram, tak boleh beli... Ada kandungan lemak babi. Cuba tengok lebal ni..." (mungkin demikian ayat yang akan aku gunakan jika aku berani bersemuka dengan hujah sebagai orang yang telah tahu)


Agak-agaknya, apa reaksi pakcik tersebut?? Kalau 50/50 respon nya pun dah cukup baik......

Aduh !!!
Kenapa begitu berat untuk aku melangkah lalu menyusun kata-kata. Namun itulah pengertian pengorbanan. Belum lagi kita dikerah untuk menyampaikan dakwah Islamiah di tengah masyarakat jahiliah seperti yang telah dilakukan oleh Baginda SAW. Allahuakbar !!

(teringat pula bait lirik lagu dari kumpulan Hijjaz, lagu 'Lukisan Alam'
...mengharap senang dalam berjuang
bagai merindukan bulan di tengah siang...

Berbalik pada mauduq entri ini...
Halalkah babi di mata anda?

Pendedahan tentang wujudnya kandungan babi dalam produk-produk makanan dan minuman di pasaran telah lama dilakukan. Namun seperti persoalannya, adakah kita tak ambil perhatian tentang isu ini. Hinggakan bilangan manusia muslim yang masih terus membelinya berganda-ganda dari bilangan produk di pasar raya?

Jika anda yang sedang membaca tulisan aku ini merupakan salah seorang yang ter'katagori' dalam kalangan yang belum tahu, ketahuilah dan SILALAH LAKUKAN SESUATU YANG WAJAR UNTUK MENGHINDARINYA.

Paparan kod dalam gambar di atas itu sebenarnya adalah kod-kod yang sengaja dicipta bangsa kuffar bagi mengelirukan dan mengelakkan perkataan 'babi' ditulis secara zahir, yang mungkin terdapat dalam produk yang kita beli. Kod-kod tersebut tercatat pada bahagian isi kandungan di bungkusan produk berkenaan. Sila pastikan bahawa SETIAP KALI sebelum memasukkan apa juga produk makanan atau minuman ke dalam troli anda, baca bahagian kandungan produk dan PASTIKAN TIDAK terdapat antara kod-kod berkenaan di labelnya.

Mungkin ada antara kita yang menyatakan susah untuk dilaksanakan, namun jom kita renung bersama dan anda jawab:
Mana lebih susah antara anda memastikan pilihan makanan minuman anda benar-benar halal, dengan SUSAHNYA MENJAWAB PERTANYAAN ALLAH KELAK ATAS KETERLANJURAN / SIKAP AMBIL MUDAH KITA TERHADAP MAKANAN DAN MINUMAN HARAM INI ??!!

Ingat saudara...
Kita akan mati dan akan dibangkitkan kelak di hari ditanya segala perbuatan, amalan dan segalanya. Mana mungkin jika hari ini kita telah tahu sesuatu yang haram, lantas kita memalingkan muka dan tindakan, Allah akan membiarkan sahaja kita terlepas dengan mudah... Lebih malang, kita menjadi pula orang yang menentang.
Isunya jelas, maklumat telah sampai, cuma salahnya pada kita yang mungkin tak ambil langkah mengatasi.

Adakah kalian sanggup memakan sesuatu di depan anda, yang diberitahu adalah daging babi seperti ini??



Kalau anda menjawab tidak, hentikan segera pembelian haram ini atau jika tidak demikian, anda samalah juga dengan mereka yang menjamah daging tersebut...

Suka untuk aku buat sedikit perbandingan.....

Andaikan anda diberitahu oleh rakan anda bahawa di jalan hadapan sana ada sekatan jalanraya oleh pihak berkuasa. Semua yang lalu akan ditahan dan diperiksa (lesen dan sebagainya). Sedangkan anda waktu itu terlupa membawa lesen memandu.
Adakah anda akan teruskan perjalanan atau sebaliknya??

Tak siapa mahu dirinya terjun ke lembah kebinasaan. Neraka itu panas dan syurga itu nikmat... Akal dan fikiran telah dikurniakan... Gunalah sebaiknya demi kebaikkan yang berkekalan sebagai membuat bekal di hari kemudian. Jangan sampai solat kita pagi petang siang malam, tangan ditadah mohon doa diperkenan tapi tak berkesan... Periksalah makanan minuman kita semua. Kerana setiap yang haram atau syubhat masuk sekali ke dalam perut yang beriman, 40 hari amalannya tak diterima. Tumbuhlah pula bahan tersebut menjadi darah dagingnya... Sampai bila? Mana mungkin daging yang tumbuh akan hilang... Mana mungkin kehidupan dunia akan berulang jika sangkakala telah ditiupkan. Ambillah sedikit pengajaran, buat pedoman sesama insan.

Maksud Hadis:
"Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya"
(Riwayat Thabrani)

Lagi maksud Hadis:
"Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram".
(Riwayat Ahmad)

Akhirnya, sebelum aku tamatkan entri ini, pesanku cuma satu... Memang jika kata-kata aku ini membuatkan pilihan makanan minuman kalian terbatas. Itu haram, ini haram. Itu tak boleh, ini tak boleh... (kerana sememangnya ratusan produk yang terdapat kod babi ini).
Namun sedarlah bahawa demikian itulah namanya perjuangan kerana bukan murah untuk kita 'membayar' syurga Allah.
Wallahualam.......


* sila lihat juga pada bahagian kod babi di sebelah kanan laman ini untuk cadangan langkah mengatasi hal 'terbeli' produk yang terkandung babi

01 September 2009

SELINDUNG DISEBALIK NAMA ISLAM


Sekali pandang nampak ada logo halal. Dua kali pandang nampak P.A FOOD..
Syarikat ni milik Islam ke bukan?
Pakat-pakat pikiag sendiri lah...
Sapa-sapa yang selalu makan PAU AHMAD tu... Eloklah siasat dulu.. Sapa tokeh syarikat ni...

PENDEDAHAN SYARIKAT MILIK ORANG BUKAN ISLAM
PA SDN BHD = Pau Ahmad SDN BHD.


Tipah Tertipu daaa…., nasib baik tak suka makan pau….

PA Food Sdn. Bhd.
Alamat:
2A Jln P 4/7 Sec 4,
Bandar Teknologi Kajang, 43500
Semenyih, Selangor,
Malaysia.

Tel: 03-8723 1735
Fax: 03-8723 1886

Managing Director:
Mr Ding Hong Sing

Finance Director:
Ms Siaw Voon Fong

Business:
PA Food Sdn. Bhd. has vast experience in the manufacturing of fine
flour-based frozen Oriental/Asian delicacies, such as Steam Buns,
Mantau, Yutiao, Roti Pratha, Roti Chapati, Samosas, Spring Rolls,
Curry Puff, Spring Roll Pastry & Instant Curry Paste etc.

Email: lcding@...
URL: http://www.pa-food.com/

Agak-agaknya siapakah empunya sebenar syarikat ini?

* ARTIKEL COPY-PASTE DARI LAMAN:

ANDAINYA INI RAMADHAN TERAKHIR.....


Andainya ini Ramadhan terakhir...
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu.. Merayu... kepada- Nya Tuhan yang satu

Andai ini Ramadhan terakhir...
Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
Penuh khusyuk lagi tawadhuk
Tubuh dan qalbu bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil
Menangisi kecurangan janji
"Innasolati Wanusuki Wamahyaya Wamamati Lillahirabbil A'lamin"
(Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... Kuserahkan hanya kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam)

Andai ini Ramadhan terakhir...
Tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang
Bakal kau syairkan

Andai ini Ramadhan terakhir...
Tentu malammu engkau sibukkan dengan
Bertarawih... Berqiamullail... Bertahajjud...
Mengadu... Merintih... Meminta belas kasih
"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-Mu
Tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-Mu"

Andai ini Ramadhan terakhir...

Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
Mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru... Kita cari...
Suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan

Andai ini Ramadhan terakhir...
Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiap diri rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan
Lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi...
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami...
Jadikanlah ia Ramadhan paling berarti... Paling berseri...
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayang-Mu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
Bagi dirinya yang mampu
Bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha... Bersedia...
Meminta belas ehsan-NYA.