Masing-masing nampaknya sibuk dengan urusan menghias rumah. Masjid dan surau mula berkurangan bilangan saf terawih. Taman Cempaka di depan TESCO Melaka makin sesak khabarnya. Rumah kediaman makin banyak diterangi nyalaan pelita. Bunyi letupan mercun yang telah jadi larangan pihak berkuasa kian gamat di sana sini... Pasaraya kian rancak dengan promosi.
Aku tak peduli tentang itu... Cuma satu persoalan untuk semua, adakah dalam keghairahan lebaran yang bakal disambut minggu depan itu, tanggungjawab bagi mereka yang bergelar ketua keluarga atau waris-waris yang bertanggungjawab bagi rukun Islam keempat telah terlaksana??
Ya... Zakat fitrah...

Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun kedua aku melaksanakannya setelah mendirikan rumahtangga sejak dua tahun yang lalu. Selepas solat subuh pagi ini, tanggungjawab aku dilunaskan. Dibayar kepada Tuan Imam 1 Masjid Selandar, Cikgu Jamal bagi 3 nama: Aku, isteri dan anakku...
Bukan sengaja aku buat entri ini untuk beritahu pada semua yang aku dah bayar zakat, apatah lagi untuk menunjuk-nunjuk (nau'zubillah)... Sebaliknya, aku nak mengajak semua teman-teman yang ada tanggungjawab ini untuk melaksanakannya secepat mungkin. Seperti yang aku katakan, setelah dua kali aku melakukannya atas dasar kewajipan, terasa hati lapang dan tenang yang benar-benar hebat !!! Subhanallah-Maha Suci Allah...
Demikianlah kuasa dan kebesaran Allah... Apabila sesuatu yang diperintahkan-Nya kita laksanakan dengan sempurna, maka Allah memberikan kita ketenangan jiwa. Tiada lagi rasa bersalah, tiada lagi rasa bahu seolah-olah dibebani oleh sesuatu yang belum selesai dan gembira dalam hati seolah-olah buat aku tersenyum sendiri...
Namun, aku masih terfikir mengapa masih ramai yang tak mahu mengeluarkan zakat fitrah?? Nak katakan kadarnya membebankan, jauh sekali... Tak percaya? Anda semaklah sendiri ikut negeri masing-masing...
Marilah semua saudaraku, tunaikanlah tanggungjawab anda. Masih ada masa lebih kurang seminggu lagi sebelum solat sunat Aidilfitri tahun ini ditunaikan. Ingat, jika terlewat (bayar selepas solat sunat hari raya) maka itu tidak lagi dikira sebagai zakat sebaliknya hanyalah sekadar sedekah biasa...
Jika ada juga yang rasa terbeban, fikirlah jawapan untuk anda berikan pada Allah ketika di mahsyar nanti:
"Mengapa kau tidak mengeluarkan zakat sedangkan kau berkewajipan?"
Jika anda ada jawapan untuk itu, tak mengapalah... Moga hidayah Allah sampai ke hati mereka yang sedemikian. Amin~~
Bersihkan puasa anda semua dari perkataan yang tidak baik dengan berzakat, dan bersihkan harta anda dengan berzakat... Jangan terlewat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan