

Jenazah yang tiba dengan diiringi lebih kurang 40 orang ahli keluarga dan penduduk setempat lebih kurang jam 12.40 tengahari. Mata aku liar mencari kelibat bapa beliau, abang Yus. Sebaik aku melihat beliau melangkah masuk ke kawasan berkenaan, aku rapati beliau dan aku dipeluk erat oleh abang Yus...
"Abang dah takde sesiapa lagi Wid... Abang tak sangka dia pergi, malam tadi dia ada dengan abang, tapi malam nanti dia dah takde...", kata-kata abang Yus ketika aku masih dipeluk erat diiring titisan airmata. Aku hanya mampu minta dia bersabar dan katakan bahawa Allah lebih sayangkan Edin...
Talqin dibacakan dan upacara akhir untuk allahyarham itu pun selesai...
Aku dan beberapa teman lain (Ismail, Mahir, Razlan dan Razis) singgah di rumah datuk arwah seketika dan bergerak pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, aku, Ismail, Mahir dan Razlan bercadang untuk singgah di lokasi kemalangan, bertempat di kawasan antara Lanjut Manis dan Kampung Tanah Merah, Krubung.
Dan untuk seketika, lanser aku mengarah ke beberapa kesan kejadian yang menimpa allahyarham lewat pagi semalam...
( Aku tak berniat untuk bercerita penuh tentang kejadian ini, hanya sekadar mengabadikan kenangan bersama dengan allahyarham dan gambar-gambar ini mungkin dapat memberikan sedikit kesedaran kepada kita agar lebih berwaspada di jalanraya yang tak pernah kenal akan pengguna di atasnya )













Tiada ulasan:
Catat Ulasan