Berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah
...bersamaan 15 March 624 Masihi
Teringat kisah ketika Rasulullah SAW bersama para sahabat berjuang untuk menegakkan agama Islam yang pada ketika itu masih baru lagi. Tentera Islam Madinah bertempur dengan tentera Jahiliyyah di medan Badar. Tentera Islam yang hanya berjumlah 313 orang bertempur dengan 1000 orang tentera Quraisy pada bulan Ramadhan. Atas perjuangan mereka yang ikhlas dan bantuan dari Allah SWT, maka kemenangan berpihak kepada tentera Islam.

Moga kisah silam ini menjadi pedoman kepada kita sebagai umat Islam untuk terus berjuang dan tidak mudah mengalah sepertimana yang pernah dilakukan oleh para sahabat suatu ketika dahulu.
Dan.....
Esok genaplah 1428 tahun peristiwa besar tersebut berlalu...
Dan........
Esok juga AKU akan menghadiri satu 'acara' penting sebagai penentu terhadap 'sesuatu' yang belum pasti. Doa telah AKU panjatkan, moga ALLAH maqbulkan...
Amin Ya Allah, amin Ya Rabb...
( biarlah 'acara' dan 'sesuatu' yang aku maksudkan itu menjadi rahsia diri AKU dan keluarga - andainya AKU masih ada untuk terus menulis di ruang maya ini, kita bersua lagi - jika takdir sebaliknya, AKU redha - segala khilaf kupohonkan ampun dari semua - percayalah bahawa perjuangan tak pernah selesai selagi dunia bernyawa )
WaAllahua’lam...
apa pun acaranya, semuga diberkati dan mendapat pertolongan Allah, amin
BalasPadamSeandainya AKU tidak 'hadir' semula ke laman ini sehingga waktu berbuka hari ini, AKU harap kalian mengerti bahawa AKU berada di satu persinggahan yang telah ditentukan Ilahi.
BalasPadamNamun, AKU masih tetap mengharap segala doaku, harapanku dan mereka2 yang hampir dengan AKU diperkenankan Maha Esa.
Maaf AKU dahului atas setiap salah silap AKU selama menjadi editor JEJAK 87 ini, kerana AKU bimbang tak sempat untuk menyatakannya jika tiada izin dari-NYA...