
Diriwayatkan oleh Syaidina Ali Bin Abi Thalib r.a katanya:
"Telah ditanya oleh sahabat-sahabat akan Rasulullah s.a.w tentang kelebihan solat terawih pada malam-malam bulan Ramadhan. Sabda Baginda SAW:
MALAM PERTAMA :
Orang mukmin diampuni dosanya pada malam itu seperti bayi lahir dati kandungan ibunya
MALAM KEDUA :
Allah mengampunkan dosa kita serta dosa kedua orang tua kita
MALAM KETIGA :
Berseru malaikat dibawah Arash supaya kamu meneruskan solat terawih berikutnya semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kamu
MALAM KEEMPAT :
Mendapat pahala sebanyak orang yang membaca Taurat, Zabur, Injil, dan Al-Qur'an
MALAM KELIMA :
Dikurniakan pahala seumpamanya orang solat di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid al-Aqsa
MALAM KEENAM :
Diberi pahala para malaikat yang thawaf di Baitul Makmur (70000 Malaikat sekali tawaf) serta setiap batu dan tanah mendoakan supaya diampunkan dosa-dosanya
MALAM KETUJUH :
Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s. serta berjuang bersama menentang Firaun dan Haman
MALAM KELAPAN :
Dikurniakan pahala seperti yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s
MALAM KESEMBILAN :
Seolah-olah dia menyembah Allah seperti Nabi-nabi menyembah Allah
MALAM KESEPULUH :
Dikurniakan kebaikan di dunia dan akhirat
MALAM KESEBELAS :
Keluar dia dari dunia (mati) dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan
MALAM KEDUA BELAS :
Datang dia pada hari akhirat dengan muka bercahaya (cahaya ibadah)
MALAM KETIGA BELAS :
Datang dia pada hari akhirat dalam aman sentosa dari setiap kejahatan dan keburukan
MALAM KEEMPAT BELAS :
Datang para malaikat menyaksikan dia shalat tarawih serta tiada Allah menyesatkannya pada hari akhirat
MALAM KELIMA BELAS :
Semua malaikat yang menanggung Arash berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan orang yang solat tarawih
MALAM KEENAM BELAS :
Dituliskan baginya lepas dari neraka dan dimasukkan ke syurga
MALAM KETUJUH BELAS :
Diberikan pahala sebanyak pahala para nabi
MALAM KELAPAN BELAS :
Hai! hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada kamu dan kedua orang tua kamu
MALAM KESEMBILAN BELAS :
Ditingkatkan serta ditinggikan darjatnya di dalam syurga firdaus
MALAM KEDUA PULUH :
Diberi pahala seperti pahala mati syahid
MALAM KEDUA PULUH SATU :
Allah akan membangunkan sebuah istana di syurga yang terbuat dari nur (cahaya)
MALAM KEDUA PULUH DUA :
Dia akan datang pada hari kiamat terbebas dari belenggu kesusahan
MALAM KEDUA PULUH TIGA :
Allah akan membangun untuknya sebuah kota di syurga
MALAM KEDUA PULUH EMPAT :
Diberikan padanya 24 doa yang akan dikabulkan
MALAM KEDUA PULUH LIMA :
Dibebaskan dari azab kubur
MALAM KEDUA PULUH ENAM :
Akan diberikan pahala untuk 40 tahun yang akan datang
MALAM KEDUA PULUH TUJUH :
Ketika hari hari kiamat dia akan melintasi titian shirat seperti secepat kilat
MALAM KEDUA PULUH LAPAN :
Diangkat 1000 darjat di akhirat
MALAM KEDUA PULUH SEMBILAN :
Dikurniakan pahala 1000 kali haji yang mambrur
MALAM KETIGA PULUH :
Allah berfirman : "Hai hamba-Ku, makanlah segala jenis buah-buahan yang hendak engkau makan di dalam syurga dan mandilah engkau dari air syurga yang bernama Salsaabil serta minumlah air dari telaga nabi yang bernama Khautsar, Akulah Tuhanmu dan engkau hambaKu"
salam syeikh...tahniah dengan HPA..bagus2...tapi berkenaan artikel fadhilat solat terawih ini,kesemuanya hadis ini berstatus maudhu'...sila rujuk kitab berkenaan..semoga perkongsian ini lebih membawa rahmat...
BalasPadamSalam Syeikh,
BalasPadamana sokong enta kena rujuk betul2 kekuatan sumber.. Tak mahu la nanti kita hanya mengambil dari sumber yang lemah kelak ummah pun lemah juga....
tq!